Apa itu kontrak opsyen?

Kontrak opsyen (options contract) lazimnya diguna pakai untuk pelbagai aset seperti saham dan mata wang kripto sama ada dalam platform perdagangan maya atau broker atas talian. Secara ringkasnya, kontrak opsyen membolehkan para pedagang untuk membuat tempahan dahulu sebelum membuat pembayaran kemudian sebagai pertukaran fi bagi sesuatu aset.
Mengambil contoh dalam dunia nyata, misalnya Owen mempunyai sebuah kenderaan untuk dijual dan kini sedang mencari pembeli. Wendy pula ingin menjual kereta terpakai yang dimiliki olehnya untuk mengumpul dana bagi membeli kereta Owen. Owen dan Wendy akhirnya mencapai persetujuan bagi tujuan kontrak opsyen. Untuk tempoh 30 hari yang berikut, Wendy mempunyai hak eksklusif untuk membeli kereta Owen walaupun ia bukan suatu obligasi dan situasi ini memberi ruang kepada Wendy untuk menjual kereta terpakainya sebelum membeli kereta Owen. Sebagai balasan kontrak, Owen menerima fi sebanyak 2% daripada nilai kereta susulan reservasi yang dibuat untuk Wendy. Ini bermakna Owen mampu menebus potensi kehilangan pembeli baharu dengan harapan agar Wendy dapat membeli keretanya apabila memiliki aset yang cair.
Jika kita mengambil contoh ini dalam konteks perdagangan, para pembeli dapat membuat reservasi untuk sesuatu aset daripada penjual pada kadar fi tertentu di samping memiliki opsyen untuk membeli pada harga paras (strike price) atau apabila mencapai jangka masa tertentu seperti yang diunjurkan.
Berikut merupakan beberapa jenis kontrak opsyen:
- Opsyen Amerika (America options) — Membolehkan pemegang kontrak opsyen untuk memuktamadkan penjualan pada satu-satu masa sepanjang tempoh kontrak.Â
- Opsyen Eropah (European options) — Pedagang hanya dianggap menyelesaikan kontrak apabila kontrak berkenaan tamat tempoh sah sama ada selepas harga yang mencapai paras tertentu atau akibat kesuntukan masa untuk kontrak berkaitan.
- Opsyen beli (Call options) — Jika seorang pedagang berkeyakinan terhadap suatu aset, mereka lazimnya mempunyai kepercayaan bahawa harga akan mencecah harga paras yang dipersetujui. Maka mereka akan meletakkan opsyen beli dengan harapan agar ia dapat dicapai pada harga paras sebelum menjual aset tersebut pada harga pasaran yang lebih tinggi untuk menjana keuntungan sebagaimana perdagangan posisi long dijalankan.
- Opsyen jual (Put Options) — Jika pedagang tidak berkeyakinan terhadap suatu aset dan mempercayai bahawa harga bakal turun ke bawah harga paras di bawah kontrak opsyen, maka mereka lazimnya akan meletakkan opsyen jual untuk menjual aset pada harga yang lebih rendah bagi meraih keuntungan melalui cara yang sama seperti perdagangan posisi short.