Apa itu mainnet?

mengenal white paper

Cara yang paling mudah untuk menerangkan istilah mainnet adalah melalui perbandingan dengan testnet. Testnet merujuk kepada sebuah rangkaian rantaian blok yang masih belum beroperasi. Pada kebiasaannya, ia digunakan oleh para pembangun program dan perisian bagi menjalankan uji kaji terhadap ciri baharu atau untuk mengenal pasti isu yang timbul dalam aplikasi mahupun rangkaian dalam rantaian blok. 

Sebagai perbandingan, mainnet pula merujuk kepada terma yang diberi kepada rangkaian utama yang beroperasi secara penuh dengan pelombong atau pihak pengesah yang menjalani urusan harian seperti menambah blok dalam rantaian serta memudah cara proses pembayaran. Contohnya, apabila kami menyebut mengenai rangkaian Bitcoin, ia lazimnya merujuk kepada mainnet.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

129
7