Apa itu matawang fiat?

Matawang fiat sering digunakan dalam dunia matawang kripto sebagai titik perbandingan untuk menerangkan wang seperti yang digunakan sekarang, wang fiat boleh dimaksudkan sebagai matawang yang dikeluarkan oleh kerajaan yang tidak disandarkan dengan objek fizikal seperti emas atau perak, namun disandarkan kepada kerajaan yang mengeluarkannya dan hasilnya, matawang fiat tidak mempunyai nilai intrinsik.

Apa yang ditakrifkan sebagai matawang fiat?

Kebanyakkan matawang kertas adalah matawang fiat. Ini termasuklah matawang seperti Pound, Euro dan Dollar AS.

Boleh dikatakan yang kebanyakkan wang yang digunakan seharian tidak boleh ditakrifkan sebagai wang fiat. Wang yang selain wang fiat ini dipanggil sebagai Wang Perwakilan dan juga dikeluarkan oleh kerajaan. Namun begitu, ia disandarkan terhadap komoditi fizikal.

Sebagai contoh, kad kredit ialah salah satu bentuk wang perwakilan yang mewakilkan hasrat anda untuk membayar amaun yang dihutang. Cek juga tergolong dalam kategori ini, walaupun penggunaannya agak jarang pada masa kini.

Dari mana datangnya perkataan ‘fiat’?

Kepada pencinta bahasa di luar sana, terma ‘fiat’ diambil dari perkataan Latin ‘fiat’ yang bermaksud ‘selesaikannya’ dan digunakan untuk menerangkan pesanan, dekri atau resolusi.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0