Apa itu NFT?

Token tidak sepiawai (NFT) merupakan sejenis aset digital yang tersendiri. NFT tidak boleh diganti dan ia bersifat unik sama seperti manusia.

Fungsi NFT dapat dicapai melalui kod identiti yang unik dan data meta yang membezakan setiap NFT daripada yang lain dengan identiti digital tersendiri yang tidak boleh dipinda. Secara implikasinya, anda tidak dapat bertukar dengan mana-mana NFT yang lain memandangkan nilai mereka adalah tidak setara. 

Jadi apakah sebenarnya yang dikira sebagai NFT? Ringkasnya apa jua yang anda impikan mungkin dapat dihasilkan dalam bentuk NFT. Antara NFT yang paling popular dalam pasaran masa kini adalah koleksi collectibles. Seperti aset digital yang terus berkembang pesat, begitu juga dengan NFT yang mempunyai potensi besar tidak kira sama ada dalam bidang seni digital, tiket konsert ataupun hak milik hartanah, prospek perkembangan NFT adalah tidak terbatas.

Token tidak sepiawai pertama yang dicipta adalah pada tahun 2014, walaupun aset ini mula mencuri tumpuan menjelang 2017 apabila koleksi pertama NFT dilancarkan secara rasmi pada rantaian blok Ethereum.

Did you find this useful?
0
0