Apa itu pasaran bull?

Apa Itu Financial Freedom atau Kebebasan Finansial?

Pasaran menaik atau pasaran ‘Bull’ menggambarkan situasi di mana harga pasaran sedang berada dalam trend menaik yang dijangka akan berterusan. Pasaran bull berlaku apabila pasaran secara keseluruhan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dengan mengambil kira peningkatan volum dagangan serta tempahan pembelian yang menyumbang kepada kenaikan harga. Secara amnya, pasaran bull ditakrifkan sebagai peningkatan harga yang mencecah 20% berikutan tempoh penurunan harga atau pasaran merudum (bear market). Definisi ini kelihatan kurang bersesuaian dalam konteks mata wang kripto yang mampu mencapai peratus keuntungan jauh melebihi 20% sungguhpun ia tidak berada pasaran bull. 

Pasaran bull lazimnya berlaku apabila keyakinan terhadap ekonomi secara makro semakin meningkat. Misalnya, antara faktor yang menyumbang kepada pasaran ini adalah prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh atau kadar pengangguran yang rendah. Situasi ini memberi keyakinan kepada para pelabur bahawa harga diunjurkan akan terus meningkat dan sekali gus meningkatkan pelaburan serta kenaikan harga. 

Istilah pasaran bull dicetuskan daripada pola pergerakan yang meningkat dalam carta kewangan yang menggambarkan bentuk dan trend kenaikan harga seperti seekor lembu yang merodok tanduknya ke atas. Sebagai kontra, pasaran merudum pula memberi isyarat penurunan harga dalam carta seperti beruang yang cakar ke arah bawah.

Tahun 2021 boleh disifatkan sebagai tahun ‘Bull’ untuk Bitcoin yang menyaksikan kenaikan harga mencecah hampir 135% dari bulan Januari sehingga kemuncak pasaran sekitar bulan November. Trend ini berlaku selepas penurunan ketara yang berlaku akibat pandemik yang melanda seluruh dunia pada Mac 2020.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0