Apa itu pencairan?

Dalam konteks kewangan, tindakan mencairkan sesuatu aset bermakna untuk menjual aset tersebut dengan mendapatkan tunai sebagai pulangan. Dalam hal ini, sebuah syarikat boleh dicairkan sekiranya ia tidak dapat melunaskan hutang-hutang terbabit dan sebahagian daripada asetnya dijual. 

Apabila pelabur merujuk kepada kecairan untuk sesuatu aset, mereka sebenarnya merujuk kepada sepantas manakah ia dapat dijual dalam bentuk tunai. Secara amnya, hartanah tidak dianggap sebagai aset yang begitu cair memandangkan pada kebiasaannya ia mengambil tempoh yang lama sebelum sebarang penjualan hartanah dapat dimuktamadkan, manakala saham syarikat dan mata wang kripto adalah bersifat cair kerana ia dapat dijual dalam tempoh yang singkat. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0