Apa itu pengesahan Bitcoin?

Melalui rantaian blok Bitcoin, sesiapa dapat melihat setiap transaksi yang telah berlaku di dalam rangkaian tersebut. Ini bermakna jika Joe menghantar satu bitcoin kepada Mary, kita dapat memerhati baki Joe menjadi kurang satu Bitcoin manakala baki untuk Mary adalah lebih satu Bitcoin. Salah satu fungsi penting Bitcoin adalah bertujuan untuk menghalang Joe daripada menghantar kuantiti Bitcoin yang sama kepada John sedangkan penghantaran telah dibuat kepada Mary.
Sekiranya ini berlaku, maka wujud situasi lebihan Bitcoin yang memang tidak wujud atau lebih dikenali sebagai Bitcoin “palsu” di dalam kitaran pasaran.
Bagi mengelakkan situasi ini daripada berlaku, Bitcoin menggunakan mekanisme Proof-of-work untuk menghantar transaksi melalui rangkaian Bitcoin di mana para pelombong melakukan pengesanan transaksi serta mengelakkan sabrang insiden perbelanjaan berganda tetapi transaksi Bitcoin tidak berlaku secara pantas. Hal ini kerana apabila Joe menghantar satu Bitcoin kepada Mary, Joe perlu menunggu sehingga pengesahan daripada para pelombong.
Dalam konteks ini, komputer perlombongan memperincikan data di dalam rantaian blok yang mengesahkan bahawa Joe mempunyai baki selebihnya sementara membuat perbandingan tertentu. Hanya selepas pengesahan daripada pihak pelombong maka transaksi baharu dapat dihantar. Dalam contoh di atas, bagi percubaan transaksi kedua dari Joe kepada John, para pelombong juga dapat mengesan Joe telah menghantar satu Bitcoin kepada Mary dan kemungkinan untuk menolak transaksi jika tidak mempunyai sumber dana yang mencukupi.