Apa itu pengurusan risiko?

Kebanyakan tindakan atau keputusan yang anda ambil dalam kehidupan harian sebenarnya melibatkan risiko tertentu sepanjang tempoh proses. Sama ada semasa melintas jalan raya untuk menaiki bus ataupun dalam apa jua keputusan yang diambil sememangnya terdapat risiko berasingan yang terlibat. Begitu juga dengan dunia kewangan di mana prinsip pengurusan risiko turut terpakai.

Aspek pengurusan risiko ini meliputi proses untuk mengenal pasti, menganalisa serta memilih sama ada untuk menerima atau mengurangkan risiko dalam pelaburan anda. Misalnya jika anda ingin melabur dalam sesuatu dana, pengurus dana mempunyai tanggungjawab untuk mengimbangi antara faedah dan kos terlibat bagi sebarang pelaburan selain mendedahkan potensi risiko terhadap prestasi pulangan pelaburan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa elemen risiko tidak harus dilihat sebagai faktor negatif yang perlu dielakkan sama sesekali dengan mengambil kira tahap risiko yang tinggi lazimnya membawa pulangan yang lebih tinggi. Paras risiko yang diterima pakai mungkin berbeza daripada satu individu ke individu yang lain jadi ia perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum memulakan perancangan untuk melabur. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0