Apa itu penyata untung rugi?

Penyata untung rugi (P&L) merupakan satu laporan yang digunakan sebagai kayu ukur untuk menilai tahap keuntungan pedagang bagi satu tempoh tertentu. Platform perdagangan virtual secara lazimnya menyediakan perkhidmatan ini pada platform masing-masing untuk membenarkan para pedagang menilai sejauh manakah prestasi pelaburan semasa mereka berdasarkan keuntungan yang dijana selepas mengambil kira kerugian.
Penyata P&L turut dipaparkan oleh syarikat dalam dokumen kewangan masing-masing seperti laporan berkala untuk setiap suku tahun. Penyata tersebut akan menunjukkan tahap keuntungan syarikat berkenaan berbanding jumlah perbelanjaan untuk menanggung kos overhed. Sehubungan itu, maklumat yang disalurkan kemudiannya dapat diguna pakai oleh para pelabur sebagai alat untuk mengenal pasti kadar pertumbuhan syarikat serta tahap keuntungan yang menjadi antara elemen penting dalam aspek pelaburan atau dalam menggariskan sesuatu penilaian. Ini adalah berbeza daripada penyata kewangan di mana ia tertumpu untuk memberi sepintas pemahaman mengenai bagaimanakah status operasi syarikat dalam suatu tempoh yang spesifik. Penyata kewangan hanya memaparkan butiran atau amaun terakhir berdasarkan tarikh pelaporan tertentu.