Apa itu piawaian token ERC-20?

Untuk memahami apa itu piawaian token ERC-20, anda perlu memahami terlebih dahulu keadaan penciptaan token sebelum piawai ini diperkenalkan.
Bagaimana untuk mencipta token? Mula-mula, anda perlu setkan satu kontrak pintar. Kontrak ini bertanggungjawab untuk mencipta token, menguruskan transaksi dan mengetahui baki bagi setiap pemegang token.
Jika anda ingin memiliki beberapa token ini sebagai pengguna, anda akan menghantar sejumlah matawang kripto, sebagai contoh, Ether, kepada kontrak pintar tersebut. Kemudian, kontrak pintar akan mengeluarkan amaun token yang setara kepada anda.
Tetapi, tiada undang-undang universal atau panduan dan beribu-ribu pengguna mencipta pelbagai kontrak pintar, dengan setiap satunya memiliki token mereka sendiri dan perbezaan bagaimana mereka menetapkannya. Oleh itu, bursa dan dompet digital mempunyai masalah dalam memastikan setiap kontrak boleh berinteraksi dengan matawang kripto lain untuk membolehkan perdagangan, belian atau penjualan token.
Sebelum piawaian ini diperkenalkan, bursa-bursa perlu mencipta satu set arahan dalam bentuk kod untuk memastikan setiap kontrak bersesuaian dengan bursa dan kontrak-kontrak lain serta token. Kaedah ini mengambil masa yang amat lama dan tidak efisyen.
Untuk menyelesaikan masalah ini, komuniti Ethereum memperkenalkan satu set undang-undang dan panduan yang menetapkan fungsi asas bagi setiap kontrak pintar, dimana setiap kontrak yang mencipta token perlu menggunakan piawaian token ERC-20.
Panduan ini dipecahkan kepada enam fungsi wajib dan tiga fungsi pilihan – nama, simbol dan berapa jauh token anda boleh dipecahkan seperti Bitcoin, dan unit matawang terkecilnya.
Jadi, jika anda ingin mencipta token yang menyokong piawaian ERC-20, kontrak pintar anda perlu boleh:
Menjelaskan jumlah bekalan
Jelaskan jumlah bekalan token anda. Apabila jumlah ini telah dicapai, kontrak pintar tidak akan mencipta sebarang token baru.
Sentiasa mengetahui baki tokenÂ
Sentiasa mengetahui jumlah token bagi setiap alamat yang memilikinya.
PindahanÂ
Memindah sejumlah token daripada bekalan kepada pengguna.
Dipindahkan daripada
Memindahkan token di antara dua individu yang memilikinya.
DisahkanÂ
Sahkan kontrak untuk memastikan mereka boleh mengeluarkan jumlah token yang ditetapkan kepada pengguna, dan dihubungkan kembali dengan jumlah bekalan.
Semak baki yang ada
Sama seperti di atas, kontrak perlu menyemak sama ada baki pengguna cukup tinggi untuk menghantar token ke individu lain.