Apa itu SegWit?

Bitcoin stabil di tengah berbagai gejolak industri kripto

Istilah Segregated Witness (SegWit) merujuk kepada proses mengurangkan syarat atau karenah dalam pemprosesan transaksi Bitcoin dengan membenarkan informasi dan maklumat disalurkan secara lebih efektif supaya dapat meningkatkan kecekapan rangkaian. Selain itu, SegWit juga amat sinonim dengan tandatangan digital yang diguna pakai dalam pengesahan transaksi yang meliputi sekitar 65% daripada keseluruhan maklumat transaksi. Pada asalnya, blok baharu dilombong setiap 10 minit dengan maksimum saiz data sebanyak 1MB setiap blok dan proses verifikasi tandatangan ini telah sedikit sebanyak menjejaskan kadar kelajuan transaksi, sebelum munculnya pengemaskinian yang diperkenalkan menjelang tahun 2017 oleh Dr Pieter Wuille setelah membuktikan tahap kecekapannya menerusi rangkaian Litecoin.

Hasilnya, tandatangan kini dapat diproses secara berasingan ke bahagian penghujung bagi setiap blok. Salah satu manfaat daripada pembaharuan ini adalah di mana had saiz data 1MB bagi setiap blok berjaya meningkat hampir empat kali kali ganda kepada 4MB, dan sekali gus membolehkan lebih banyak transaksi diproses untuk setiap 10 minit blok. Berikutan pertumbuhan rangkaian Bitcoin saban tahun, pengemaskinian ini berkaya membantu membenarkan kaedah pembayaran Bitcoin untuk terus berkembang dengan pesat.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0