Apa itu strategi pelaburan jangka pendek?

Strategi pelaburan yang bersifat jangka masa pendek secara amnya merujuk kepada pelaburan untuk tempoh lima tahun dan ia diguna pakai khususnya oleh para pelabur yang mempunyai matlamat kewangan jangka singkat sama ada membuat simpanan untuk percutian di luar negara, membeli kenderaan ataupun untuk membayar yuran kolej. Garis masa turut memainkan peranan yang penting dalam menentukan aset dan amaun pelaburan yang bersesuaian untuk diperuntukkan. Dalam hal ini, portfolio pelaburan jangka pendek pada kebiasaannya  merangkumi tunai, bon jangka singkat dan ekuiti – iaitu aset yang mudah ditukar kepada tunai. Selain itu, strategi jangka pendek ini juga lebih memberi tumpuan kepada pelaburan yang berisiko rendah. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0