Apa itu strategi pelaburan?

Melabur memerlukan penyelidikan yang menyeluruh, dan strategi yang terhasil akan menentukan aset pelaburan pilihan anda dan jangka masa pelaburan – dalam erti kata lain, waktu anda mengeluarkan wang.
Sesetengah pelabur mengambil risiko yang lebih tinggi dengan jangkaan pulangan yang lebih besar, manakala pelabur lain pula menggunakan pendekatan yang pasif dengan melabur dan memegang aset. Pelabur yang menggunakan pendekatan pelaburan aktif akan membeli dan menjual aset secara strategik untuk mengeksploitasi perbezaan harga dalam pasaran.
Terdapat banyak jenis strategi pelaburan, tetapi memandangkan tidak ramai pelabur mempunyai satu matlamat pelaburan yang tunggal, kebanyakan daripada strategi itu cenderung untuk bertindih. Kita semua mahu bersara, menghantar anak-anak ke sekolah, membeli rumah, pergi bercuti dan sebagainya. Semuanya memerlukan pendekatan pelaburan yang berbeza.