Apa maksud ‘short’?

Istilah teknik ‘short’ berlaku apabila pedagang meminjam sesuatu aset berdasarkan harga pasaran semasa dengan harapan agar harga akan menurun selepas tempoh tertentu. Apabila harga mencatatkan penurunan, maka mereka kemudiannya akan membeli semula aset pada harga yang lebih rendah dan perbezaan dari segi harga inilah yang menjadi keuntungan yang diraih oleh mereka. Begitu juga apabila harga pasaran meningkat, mereka perlu membayar lebih untuk aset tertentu berbanding amaun yang dipinjam oleh mereka di mana ia membawa kepada situasi kerugian.

Tempahan ‘short’ dilakukan apabila pedagang mempercayai bahawa pasaran sedang berada dalam trend menurun dengan unjuran harga bakal terus menurun. Seorang pedagang lazimnya menggunakan strategi pelaburan bagi menentukan sejauh mana harga akan menurun sebelum membuat keputusan untuk merealisasikan keuntungan mahupun mengurangkan kerugian yang dialami oleh mereka.

Istilah short adalah bertentangan dengan istilahlong’ di mana para pedagang menggunakan kaedah tersebut dengan kepercayaan bahawa mereka dapat menjual untuk menjana keuntungan kelak apabila harga mencatatkan peningkatan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0