Apakah itu Bitcoin Unlimited?

Bitcoin stabil di tengah berbagai gejolak industri kripto

Bitcoin Unlimited merupakan salah satu syor pengemaskinian ke atas had saiz blok Bitcoin yang menjadi sebahagian daripada fork keras (hard fork) dalam Bitcoin Core. Dengan saiz blok Bitcoin yang terhad kepada 1MB, wujud kegusaran dalam kalangan komuniti pembangun perisian Bitcoin mengenai tahap kesiapsiagaan rangkaian apabila berdepan dengan lebih ramai pengguna baharu serta peningkatan transaksi. 

Cadangan penyelesaian Bitcoin Unlimited adalah untuk membenarkan para pelombong supaya mereka dapat menetapkan had blok masing-masing di mana rantaian yang terbesar akan dipilih untuk diadaptasi. Bagaimanapun, Bitcoin Core tidak menerima mana-mana blok melebihi saiz 1MB yang menyumbang kepada proses fork keras daripada rantaian asal kepada Bitcoin. Situasi ini menyebabkan kegagalan cadangan berkenaan terutamanya selepas mengambil kira kebimbangan yang disuarakan oleh komuniti Bitcoin untuk rantaian asal Bitcoin.

Rentetan daripada Bitcoin XT dan Bitcoin Classic, Bitcoin Unlimited telah diguna pakai untuk tujuan pengesahan blok bagi Bitcoin Cash – iaitu fork keras Bitcoin yang membenarkan saiz blok sehingga mencecah 32MB.

Penyokong Bitcoin Unlimited berpandangan bahawa Unlimited menawarkan elemen fleksibiliti kepada para pelombong sementara terdapat juga pengkritik yang beranggapan bahawa pengemaskinian lain seperti SegWit berjaya membantu meningkatkan kebolehskalaan rantaian asal Bitcoin.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0