Apakah itu strategi pelaburan jangka panjang?

Pada dasarnya, tiada definisi jelas yang diperuntukkan tentang apakah garis masa untuk menentukan pelaburan bersifat jangka panjang tetapi secara lazimnya pelaburan ini adalah untuk suatu tempoh yang melebihi sepuluh tahun, manakala pelaburan jangka pendek pula dipegang untuk tempoh kurang daripada lima tahun.Â
Hakikatnya, garis masa untuk sesuatu strategi pelaburan adalah ditentukan oleh rancangan kewangan anda. Contohnya, simpanan untuk membayar pendahuluan bagi kediaman memerlukan kaedah yang berbeza berbanding simpanan pelaburan demi persaraan pada masa akan datang.
Para pelabur secara amnya digalakkan untuk mengambil pendekatan jangka panjang selagi mungkin supaya pelaburan mereka dapat menyumbang kepada pengumpulan faedah dalam mengharungi keadaan pasang surut dalam pasaran. Tahap penilaian risiko yang menjangkau masa juga merupakan antara punca mengapakah strategi pelaburan jangka pendek lebih bersifat konservatif berbanding pelaburan jangka panjang.Â
Kepelbagaian portfolio pelaburan merangkumi campuran aset yang bersesuaian dengan strategi jangka pendek dan panjang dan strategi ini adalah lebih dinamik dan boleh berubah mengikut situasi semasa dengan mengambil kira keperluan kewangan masing-masing.Â