Apakah jenis-jenis cagaran stablecoin?

Stablecoin ialah matawang digital yang dicipta atau mint pada rantaian blok, dan setiap koin ini mempunyai struktur cagarannya sendiri. Konsep cagaran ini adalah untuk memberikan pengesahan terhadap stablecoin sebagai kaedah pembayaran.
Struktur-struktur cagaran ialah:
Disandarkan pada matawang fiat
Stablecoin paling popular disandarkan pada matawang fiat seperti Dolar AS atau Euro, pada nisbah 1:1. Oleh kerana cagaran tersebut bukan dalam bentuk matawang kripto, jenis stablecoin ini dianggap sebagai aset luar rantaian (off-chain asset). Cagaran fiat ini disimpan sebagai rizab dengan pengeluar pusat, dan perlu berkadar yang sama dengan jumlah stablecoin yang ada dalam kitaran.
Sebagai contoh, jika pengeluar mempunyai rizab sebanyak $1 juta dalam matawang fiat, mereka cuma mempunyai token bernilai sejuta dollar untuk diedarkan, dengan setiap token bernilai satu dolar.
Disandarkan pada kripto
Berbanding dari ditambat pada matawang kripto, jenis stablecoin ini disandarkan pada matawang kripto dan beroperasi tanpa pengeluar pusat, menjadikannya tidak berpusat dan bersifat atas rangkaian.
Apabila menggunakan stablecoin yang disandarkan pada kripto, anda sebenarnya ‘mengunci’ matawang kripto anda pada kontrak pintar untuk mendapatkan token yang mewakili nilai yang setara. Untuk menebus matawang kripto anda, token atau stablecoin tersebut akan diletakkan semula ke dalam kontrak pintar yang sama dan jumlah cagaran asal boleh dikeluarkan.
Aset yang dicagarkan dalam kripto juga dicagarkan secara lebih untuk menampung kenaikturunan harga dalam aset cagaran matawang kripto. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli stablecoin DAI bernilai $2,000, anda perlu meletakkan Ether bernilai $4,000.
Secara algoritma
Stablecoin ini jenis ini tidak bergantung pada matawang fiat atau kripto sebagai cagaran. Stablecoin algoritma ini distabilkan dengan algoritma dan kontrak pintar yang menguruskan bekalan token dalam edaran.
Sebagai contoh, apabila harga token melepasi harga matawang fiat yang diikuti, token baru akan memasuki edaran untuk melaraskan nilai kebawah stablecoin tersebut. Apabila harga pasaran berada di bawah harga matawang fiat yang diikuti, token akan dikeluarkan dari edaran untuk menstabilkan harga stablecoin tersebut.
Disandarkan pada komoditi
Kegunaan utama stablecoin bersandarkan komoditi ini ialah untuk membantu pelaburan dalam aset yang mungkin tidak tersedia secara tempatan. Stablecoin yang bersandarkan komoditi ini amat berguna di negara yang sukar untuk mendapatkan, membeli dan menyimpan aset seperti jongkong emas dan perak.
Stablecoin yang disandarkan pada komoditi adalah sejenis stablecoin yang disandarkan pada aset fizikal seperti logam berharga, minyak, hartanah dan pemegangan tanah. Namun begitu, harga bagi setiap komoditi ini boleh naik dan turun, menyebabkan kehilangan nilai.