Apakah maksud bear market?

Pasaran merudum atau bear market merupakan sebahagian daripada kitaran pasaran di mana trend pergerakan harga menunjukkan penurunan yang antaranya berpunca daripada kegusaran dalam kalangan pelabur bahawa harga akan terus menurun untuk suatu tempoh yang lebih panjang. Situasi ini sekali gus menyebabkan lebih banyak penjualan dengan ramalan kendiri pelabur untuk memenuhi jangkaan. Pasaran ini secara lazimnya ditakrifkan sebagai penurunan harga yang mencecah 20% daripada paras tinggi. Bagaimanapun, dalam konteks mata wang kripto, situasi tersebut turut dianggap sebagai pembetulan pasaran ketika fasa ‘bull’ yang kadang kala menjangkau 20% sebelum meneruskan trend kenaikan harga. Pada akhir tahun 2018, harga Bitcoin jatuh hampir 80% daripada paras tinggi pada bulan Januari yang dianggap sebagai pasaran merudum terkini untuk dunia kripto.
Bagi pelabur berskala besar, pasaran merudum dilihat sebagai fasa pengumpulan kepada mereka untuk membuat pembelian aset pada harga yang lebih rendah sementara mempersiapsiaga sebelum harga kembali menunjukkan trend menaik menjelang kitaran ‘bull’ yang seterusnya.
Istilah pasaran merudum tercetus daripada pola penurunan dalam carta kewangan yang mirip bentuk beruang dengan cakar ke arah bawah. Sebagai kontra, pasaran bull diibaratkan sebagai tanduk yang menggambarkan trend kenaikan harga. Kedua-dua pasaran ini pada kebiasaannya boleh mengambil masa selama beberapa bulan atau beberapa tahun lamanya.
Pasaran merudum turut mendatangkan beberapa cabaran dari sudut ekonomi makro seperti penurunan ketara dalam aspek pinjaman atau perbelanjaan oleh pihak kerajaan, kadar pengangguran yang meningkat atau krisis hutang seperti yang dapat diperhatikan dalam pasaran semasa era 2008-an.
Pada masa yang sama, pasaran merudum juga boleh berlaku dalam pertumbuhan ekonomi yang dianggap sebagai kitaran pasaran yang sihat oleh segelintir pakar ekonomi. Hal ini kerana ia adalah mustahil untuk harga kekal dalam trend menaik selama-lamanya, jadi pasaran merudum menjadi antara respons muhasabah kepada metafora pasang surut dalam kehidupan.