Apakah maksud hasil?

Hasil (yield) daripada pelaburan merupakan suatu kaedah bagi mengukur amaun hasil pendapatan yang diunjurkan bagi tempoh tertentu. Melalui pendekatan ini, ia adalah ibarat memikirkan pulangan pelaburan tetapi dengan suatu perbezaan ketara iaitu dari sudut perspektif berlainan. 

Pulangan pelaburan membuat perbandingan antara perbezaan nilai pelaburan untuk dua tempoh, misalnya antara tahun 2020 dan 2021. Manakala yield pula lebih bersifat progresif, dengan memberi fokus kepada jumlah nilai bersih pelaburan yang berjaya diperoleh bagi suatu tempoh. Contohnya, nilai pelaburan pada hujung tahun dalam bentuk kadar peratus. 

Dengan cara ini, konsep yield menjadi antara kaedah berguna untuk membantu anda memahami prospek nilai pelaburan serta kebarangkalian prestasi pelaburan tersebut pada masa akan datang.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0