Apakah maksud lapisan konsensus?

Seperti mana pengoperasian sistem yang dikemas kini di dalam telefon pintar atau komputer riba anda, Lapisan Konsensus Ethereum merupakan salah satu siri pengemaskinian baharu di dalam rantaian blok Ethereum. Lapisan Konsensus bertujuan untuk memperkukuh tahap kecekapan dan kapasiti transaksi, selain mengurangkan kos serta memperbaiki keselamatan rangkaian secara menyeluruh.

Perubahan terhadap konsensus

Antara harapan para pembangun program Ethereum adalah supaya matlamat tersebut dapat dikecapi melalui suatu anjakan mekanisme konsensus. Dalam hal ini, perubahan ini bakal menyaksikan transisi rantaian blok Ethereum daripada proof-of-work (PoW), iaitu protokol konsensus yang digunakan oleh Bitcoin kepada proof-of-stake (PoS). Transisi daripada mekanisme konsensus terdahulu ini diselaraskan menerusi Rantaian Beacon yang bertanggungjawab untuk mencipta blok baharu, memastikan semua blok baharu adalah sah serta memberi ganjaran kepada pihak pengesah dalam bentuk Ether atas sumbangan mereka dalam memastikan keselamatan rangkaian terjamin. 

Ethereum untuk semua

Salah satu ciri utama yang menyumbang kepada perkembangan pesat bagi platform mata wang Ethereum dan persaingan sihat dengan dominasi pasaran Bitcoin adalah Mesin Maya Ethereum (EVM) yang membenarkan kontrak pintar untuk diwujudkan serta digunakan secara meluas dalam rangkaian berkenaan.

Bagi menaik taraf sistem dan meningkatkan akses kepada orang ramai ke dalam platform, Ethereum 2.0 bakal menggunakan sistem Ethereum WebAssembly (ewasm) yang menggantikan ciri EVM. Sistem ini memberi ruang kepada pembangun program untuk mencungkil kreativiti mereka dalam menulis kod kepada rantaian blok tanpa keperluan untuk belajar bahasa asal Ethereum. 

Membangunkan sebuah rangkaian yang selamat  

Berbalik kepada tahap keselamatan pula, memandangkan setiap pihak pengesah perlu mempertaruh mata wang masing-masing untuk mengambil bahagian maka prospek serangan terhadap rangkaian adalah lebih rendah dengan mengambil kira potensi kos yang terlibat. 

Kadar caj yang rendah

Secara amnya kos bagi setiap transaksi yang dikenali sebagai caj gas di dalam rangkaian Ethereum adalah lebih tinggi sehingga menimbulkan sedikit sebanyak kebimbangan dalam kalangan orang ramai. Justeru, pengemaskinian Ethereum 2.0 dan transisi ke mekanisme konsensus baharu ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan caj yang dikenakan tetapi juga kos untuk menggunakan rangkaian tersebut. Dengan adanya pengurangan kos yang disokong dengan tahap keselamatan tinggi, para pembangun program mengharapkan agar ia dapat membuka akses kepada orang ramai untuk turut serta dalam rangkaian Ethereum.

Bilakah jangkaan pengemaskinian berlaku?

Sebelum ini, pembangun program Ethereum telah menyatakan hasrat bahawa pengkemaskinian ini akan berlaku dalam tiga fasa walaupun tiada tarikh tertentu yang telah ditetapkan.

  • Fasa 0 telah dilancarkan pada bulan December 2020 melalui implementasi Rantaian Beacon di mana ia menyimpan butiran pihak pengesah dengan mengguna pakai mekanisme konsensus bukti pemilikan (PoS).
  • Pelancaran Fasa 1 (2022) pula dianggarkan dalam tempoh 2022 melibatkan penggabungan Ethereum dan sistem rangkaian Beacon berasaskan bukti pemilikan. Lazimnya dikenali dengan istilah ‘docking’, fasa ini menandakan permulaan transisi penuh ke arah bukti pemilikan dan sekali gus berakhirnya era bukti kerja (PoW) untuk Ethereum.
  • Fasa 3 (2023) berkait rapat dengan proses yang dikenali sebagai sharding dan melibatkan pengemaskinian secara berfasa dalam menambah baik aspek kebolehskalaan dan kapasiti Ethereum. Tempoh pengemaskinian ini telah dirancang susulan penggabungan antara Ethereum dan Rantaian Beacon.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0