Apakah maksud protokol kewangan tidak berpusat (DeFi)?

Protokol kewangan tidak berpusat (DeFi) merujuk kepada terma yang sering digunakan untuk perkhidmatan kewangan tanpa penglibatan pengantara pihak ketiga. Perkhidmatan kewangan ini merangkumi kegiatan kewangan harian seperti aktiviti pinjaman, mod pembayaran, pemindahan wang dan sebagainya.
Penyokong DeFi mempercayai bahawa ketiadaan pengantara berpusat mempunyai potensi dalam menangani isu berterusan yang dihadapi oleh kewangan tradisional, misalnya kekurangan elemen inklusiviti dalam sektor perbankan, kos pinjaman yang tinggi, praktis yang bersifat legap, atau ketidakpadanan antara pelbagai sistem yang berlainan dengan perkhidmatan yang diguna pakai dalam kehidupan seharian.
Bagaimanakah ia beroperasi?
DeFi menggunakan teknologi rantaian blok yang mengaplikasikan automasi peranan pihak ketiga yang lazimnya hanya berfungsi untuk memastikan supaya kedua-dua parti mematuhi terma kontrak yang telah diperuntukkan. Kaedah ini dijalankan melalui kontrak pintar, iaitu aturan digital atau perjanjian yang diberi pengesahan secara automatik pada rantaian blok bagi memastikan aplikasi terlibat beroperasi dalam keadaan yang teratur serta memenuhi objektif masing-masing.
Antara ilustrasi popular aplikasi DeFi termasuk mata wang stablecoin dan perdagangan tidak berpusat yang membolehkan pengguna untuk berkomunikasi secara langsung dengan pengguna lain yang ingin berdagang mata wang atau kripto tanpa penglibatan pihak pengantara.