Apakah perbezaan antara Chainlink dan Ethereum?

Memandangkan Chainlink dibangunkan berasaskan rantaian blok Ethereum, kadang kala ia mungkin sukar untuk membezakan antara kedua-dua matawang kripto ini. Berikut merupakan beberapa perbezaan untuk menerangkan tentang hubung kait antara Chainlink dan Ethereum. 

Chainlink merupakan sebuah rangkaian penyedia data tidak berpusat dalam rangkaian mata wang kripto yang memerlukan data untuk kontrak pintar mereka. Ethereum pula menjadi platform rantaian blok yang bertindak sebagai pemudah cara kontrak pintar di mana para pembangun program menggunakan kontrak ini untuk membangunkan aplikasi tidak berpusat (dApps) serta perkhidmatan lain yang berkaitan.

Pada masa sama, Chainlink dan Ethereum berkongsi beberapa persamaan. Misalnya, token asal Chainlink iaitu LINK yang digunakan untuk memberi insentif kepada sumbangan di atas rangkaian tersebut adalah dibina berasaskan Ethereum menerusi kontrak pintar. Dengan cara ini, Chainlink membolehkan Ethereum untuk mengintegrasi data dalam dunia nyata ke dalam pelbagai kontrak pintar yang sedang beroperasi di dalam rangkaian.

Tanpa data sedemikian, ia mungkin terpisah daripada dunia nyata. Ini bermakna secara tidak langsung aplikasi dApps dan kontrak pintar lain yang wujud di dalam rantaian blok Ethereum akan menjadi terbatas dari segi akses kepada sasaran peserta. Jadi elemen kesalinghubungan ini adalah amat penting jika  sistem berkenaan ingin mencapai pangkalan pengguna secara meluas.

Bayangkan sinergi antara sebuah kereta dan enjin. Tanpa kereta, enjin sekadar menjadi logam yang tidak dapat berfungsi dan begitu juga dengan ketiadaan enjin di mana kereta tersebut tidak akan dapat bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang diingini dengan lancar.

Jadi, fungsi Chainlink adalah untuk menghubungkan antara ruang rantaian blok dan dunia berpusat ke arah meningkatkan keupayaan Ethereum termasuk perniagaan dan pihak institusi yang ingin mengintegrasikan teknologi rantaian blok.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0