Apakah perbezaan antara mata wang fiat dan kripto?

Mata wang fiat lazimnya diterbit dan disokong oleh bank berpusat. Mata wang ini adalah mata wang yang diguna pakai oleh orang ramai dalam kehidupan harian termasuk perbelanjaan rutin sama ada nota wang dalam poket anda, wang digital dalam bank akaun ataupun rizab yang disimpan oleh bank-bank komersial di bank pusat. Dalam erti kata lain, wang fiat adalah berteraskan kepercayaan masyarakat umum terhadap pihak kerajaan.Â
Mata wang kripto pula merupakan wang digital yang dikendalikan berasaskan kod komputer, rantaian blok serta keseluruhan komuniti kripto. Mengambil kira ciri-ciri yang unik ini, kebanyakan mata wang kripto tidak memerlukan sebarang pengantara atau pihak berpusat bagi tujuan pemantauan dan memudah cara transaksi. Selain itu, kripto juga disifatkan sebagai antara pelopor mata wang era baharu di samping langkah ke hadapan dalam konteks evolusi kewangan.