Apakah perbezaan di antara Bitcoin dan USDC?

Bitcoin secara asalnya dicipta sebagai matawang digital yang tidak berpusat untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan. Ia juga kini digunakan untuk pelbagai tujuan lain, termasuklah menjadi nilai simpanan seperti emas.

Bagi USD Coin, atau USDC, ia dicipta untuk meletakkan Dollar AS pada rantaian blok untuk membolehkannya dipindahkan dengan pantas dan mudah ke seluruh dunia serta memberikan kestabilan terhadap matawang kripto.

Kedua-dua matawang kripto ini berbeza dari segi bagaimana ia dicipta dan diselenggara.

Bitcoin dicipta oleh Satoshi Nakamoto dan dibina untuk menjadi tidak berpusat. Bitcoin dibangunkan dan dikendalikan oleh komuniti Bitcoin di selurh dunia secara sukarela. Bitcoin tidak diawasi oleh mana-mana bank, kerajaan atau entiti.

Matawang kripto dicipta apabila ia dilombong oleh ahli rangkaian sebagai ganjaran selepas mereka mengesahkan transaksi pada rantaian blok. Mereka mengesahkan transaksi ini dengan menyelesaikan masalah matematik yang sukar menggunakan perkakas khas. Mana-mana pelombong yang berjaya menyelesaikan masalah matematik ini akan menghasilkan hash – sebuah output rawak 64 karakter. Output ini akan dimasukkan ke dalam rantaian blok dan pelombong akan diberikan ganjaran Bitcoin baru.

Bagi USD, ia bergantung pada pengeluar dan kolam cagaran. Oleh itu USDC bersifat berpusat. Ia berdasarkan rangka kerja yang disandarkan dengan aset stablecoin sumber terbuka yang dibina oleh Centre Consortium.

Tidak seperti Bitcoin, USDC tidak dicipta untuk dilombong, tetapi ia dikeluarkan terus. Satu USDC token akan dicipta apabila pelanggan membeli token dari pengeluar sah dengan nilai 1:1. Pengeluar akan memohon kontrak ERC-20 untuk mencipta nilai setara dengan USDC. Pelanggan boleh menebus kembali USDC bagi setiap matawang Dollar US yang setara. Ini menjamin setiap token USDC disandarkan pada Dollar AS.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0