Apakah punca kelewatan dalam transaksi Bitcoin?

Kelewatan transaksi Bitcoin boleh menimbulkan kebimbangan dan tekanan kepada pihak penerima dan penghantar, jadi ia adalah penting untuk memahami faktor yang menyumbang kepada punca kelewatan atau penangguhan transaksi Bitcoin.
Apabila anda menghantar Bitcoin, transaksi berkenaan mungkin dapat disalurkan kepada rangkaian Bitcoin tetapi ia tidak disahkan segera. Kebanyakan dompet termasuk Luno memerlukan pengesahan daripada sekurang-kurangnya tiga rantaian blok sebelum transaksi tersebut dianggap selesai atau enam rantaian blok dalam kes tertentu.
Rantaian blok berkemungkinan menjadi sesak akibat volum dagangan yang tinggi dari semasa ke semasa. Apabila keadaan ini berlaku, maka penghantaran yang dibuat oleh anda mungkin mengambil masa sehingga beberapa jam sebelum sampai ke destinasi yang diingini. Bagaimanapun situasi ini adalah berada di luar kawalan Luno ataupun pihak ketiga yang lain.
Bagaimanakah rantaian blok beroperasi?
Bagi setiap sepuluh minit, satu blok baharu dicipta untuk ditambah ke dalam rantaian blok melalui proses yang dikenali sebagai perlombongan. Setiap blok memberi pengesahan dan merekodkan transaksi baharu (seperti Bitcoin yang anda hantar) sebelum disahkan dalam rangkaian berkenaan.
Sebagai contoh, jika Sam menghantar dua Bitcoin kepada Pete, transaksi ini hanya akan disahkan selepas rangkaian mencipta blok baharu.
Apabila blok baharu dicipta dan transaksi baharu disahkan serta ditambah ke dalam rantaian blok, maka pengesahan transaksi akan berlaku dan ia bakal disahkan semula setiap sepuluh minit kemudian.
Apakah faktor kelewatan?
Blok lazimya diberi pengesahan dalam tempoh masa setiap sepuluh minit.
Bagaimanapun, rangkaian sedia ada hanya mampu menangani amaun transaksi tertentu untuk setiap blok dengan mengambil kira setiap transaksi mempunyai saiz byte yang berbeza serta setiap blok hanya boleh mengandungi saiz byte tertentu.
Apabila berlakunya situasi kesesakan rangkaian atau proses transaksi yang lambat, senario ini membawa kepada isu tunggakan transaksi yang tidak dapat ditentu sah. Rangkaian berkenaan kemudian akan menyelesaikan permasalahan ini dalam tempoh sehari atau dua.
Anda dapat perhatikan variasi dari segi purata tempoh pengesahan yang diperlukan seperti graf yang berikut.
Apakah alternatif lain yang lebih pantas?
Bitcoin merupakan teknologi yang sedang berkembang pesat dan terdapat pelbagai perbincangan mengenai “pendebatan saiz blok” yang bertujuan untuk menangani isu ini. Kadar kelajuan transaksi pula terus ditambah baik pada masa akan datang melalui penaiktarafan rangkaian yang diimplementasi secara berperingkat.
Di Luno, kami turut menyediakan fungsi tambahan kepada para pelanggan Luno di mana anda boleh menghantar mata wang kripto kepada pelanggan Luno yang lain dengan menggunakan alamat emel atau nombor telefon mereka secara percuma!