Apakah yang dimaksudkan dengan “Bitcoin bukan token sekuriti” oleh pihak pengawal selia?

Gary Gensler, yang popular dalam kalangan komuniti kripto disebabkan oleh kedudukannya sebagai Ketua Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di AS — satu badan kawal selia yang mempunyai banyak komen mengenai apakah masa depan kripto di AS dan negara-negara lain.

Gensler sebelum ini ada menyatakan beberapa kali yang Bitcoin mungkin akan dilihat sebagai token bukan sekuriti, menyebabkan sorakan dalam kalangan komuniti kripto.

Kenapa?

Terdapat permintaan global oleh pihak pengawal selia untuk menyediakan suasana yang selamat bagi industri kripto membangun secara bertanggungjawab serta membenarkan pelabur mendapatkan manfaat dari perkhidmatan yang ditawarkan. Namun begitu, amat sukar bagi pihak pengawal selia menentukan dengan jelas jenis-jenis pelaburan kripto baru ini menggunakan tanda aras yang sedia ada, dan sehingga sekarang, jenis-jenis ini hanya digunakan dalam kewangan tradisional.

Untuk mengawal selia sebarang pelaburan, pengawal selia perlu menentukan peraturan manakah yang paling sesuai untuk dilaksanakan. Jika ia dilihat sebagai sekuriti, pelaburan matawang kripto tersebut akan diawasi oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan akan dikawal selia sama seperti syer syarikat atau bon. Jenis instrumen kewangan ini digunakan oleh banyak syarikat untuk mengumpul wang, dan sebagai balasan, pelabur akan mendapat peluang untuk memiliki saham bagi syarikat tersebut, atau menerima bayaran dividen secara bulanan jika mereka memiliki bon.

Ujian Howie digunakan oleh pihak kawal selia AS untuk menyemak sama ada pelaburan diklasifikasikan sebagai sekuriti.

Di mana timbulnya isu?

Jika syarikat tersebut menggunakan koin mereka untuk mengumpul wang, biasanya dikenali sebagai penawaran awam dalam kewangan tradisional, mereka perlu mendaftar dengan SEC terlebih dahulu dan mematuhi sejumlah undang-undang sekuriti khas. Jika SEC mendapati koin yang ditawarkan untuk kegunaan orang awam adalah sekuriti, SEC akan mengambil tindakan undang-undang.

Jika Bitcoin tidak dianggap sebagai sekuriti.. apakah Bitcoin sebenarnya?

SEC akan mengklasifikasikan Bitcoin sebagai komoditi, sama seperti tenaga dan logam. Oleh itu ia akan jatuh dalam kategori yang diselia oleh Suruhanjaya Dagangan Niaga Komoditi Masa Depan.

Undang-undang Kripto, yang dibawa oleh Senator US, Cynthia Lummis dan Kirsten Gillibrand, cuba untuk menutup ruang kosong ini dengan mencadangkan konsensi bagi aset digital yang bersifat separa tidak berpusat. Para senator akan mencadangkan token-token ini dan syarikat yang mengeluarkannya akan dikecualikan dari klasifikasi sekuriti, selagi mereka memfailkan pendedahan aset dengan SEC dua kali setahun.

Mengapa komuniti kripto teruja jika Bitcoin dikelaskan sebagai komoditi?

Penyokong Bitcoin menyatakan yang Bitcoin bukanlah token sekuriti dan Gensler menegaskan yang Bitcoin adalah pemain utama sebagai alternatif bagi matawang tradisional. Gensler juga memberitahu yang Bitcoin adalah matawang kripto tidak berpusat yang sebenar.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

132
8