Bagaimana Bitcoin dicipta?

Setiap Bitcoin dicipta melalui proses yang dipanggil perlombongan atau mining dan individu yang melombong matawang kripto dipanggil sebagai pelombong atau miner. Pelombong-pelombong ini menggunakan komputer khas yang berkuasa tinggi untuk mengesahkan transaksi pada rangkaian Bitcoin, yang juga dikenali sebagai rantaian blok Bitcoin. Sebagai insentif terhadap usaha mereka, pelombong diberikan ganjaran koin yang dilombong mengikut peratus dalam bentuk Bitcoin baru yang dikenali sebagai ganjaran blok. 

Bagaimana mereka bekerja? Jika anda menghantar Bitcoin kepada penerima, rangkaian Bitcoin akan merekodkan alamat Bitcoin anda, alamat penerima dan amaun yang dipindahkan bersama cap masa, yang kemudiannya dimasukkan ke rantaian blok Bitcoin untuk diproses.

Pemprosesan Bitcoin adalah tertakluk pada pelombong untuk mengesahkan transaksi dan mereka melakukannya dengan menggunakan komputer khas untuk melombong. Komputer-komputer ini menyelesaikan masalah matematik kompleks yang terkandung dalam setiap transaksi, sekaligus menyahsulitkan (decrypting) transaksi dan mengesahkannya pada rantaian blok Bitcoin.

Soalan matematik akan menjadi lebih kompleks apabila lebih banyak transaksi berlaku

Lebih banyak transaksi yang berlaku pada rantaian blok, soalan matematik akan menjadi lebih kompleks. Ketika permulaan Bitcoin, ia boleh dilombong dengan menggunakan komputer biasa di rumah, tetapi sejak jumlah pengguna Bitcoin melonjak secara mendadak, soalan-soalan ini menjadi semakin sukar dan memerlukan banyak kuasa pengkomputeran untuk menyelesaikannya, menyebabkan perlombongan Bitcoin menjadi kurang sesuai untuk individu biasa.

Pada hari ini, perlombongan Bitcoin dilakukan oleh syarikat-syarikat perlombongan besar yang mempunyai gudang atau kotak-kotak kontena yang dipenuhi oleh komputer untuk melombongan. Pusat perlombongan ini dipanggil sebagai ladang perlombongan atau mining farm.

Peristiwa Bitcoin halving

Bitcoin dicipta untuk hanya membenarkan penciptaan Bitcoin pada kadar yang tetap, dan penciptaan koin baru akan mengurangkan kadar yang dijangka disebabkan oleh satu fungsi dalam protokol Bitcoin yang dipanggil halving. Halving bermaksud jumlah Bitcoin baru yang masuk ke rangkaian sebagai ganjaran pelombong, diseparuhkan pada setiap empat tahun (anggaran) sehingga jumlahnya mencapai 21 juta unit, yang berkemungkinan akan berlaku sekitar 2140. Selepas ini, tiada lagi Bitcoin akan dicipta, bermakna caj transaksi akan menjadi fungsi terpenting dalam masa depan perlombongan Bitcoin.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

3
0