Bagaimana inflasi dan kadar faedah memberi kesan terhadap pasaran kripto?

image of a road sign showing rising inflation

Inflasi merupakan perkara yang benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian kita. Harga gas, harga barang, harga makanan… semuanya dilihat meningkat.

Ini bukanlah kali pertama pelabur-pelabur perlu menghadapi keadaan pasaran yang sukar. Seorang penulis di NY Times memberitahu yang AS telah berada dalam kemelesetan sebanyak 14% dari tempoh masa sejak Perang Dunia Kedua. Namun begitu, peratusan ini tidak banyak membantu jika anda tidak mempunyai simpanan yang banyak, tetapi ia sedikit sebanyak memberikan perspektif yang diperlukan. Masa terbaik dalam pasaran biasanya terjadi selepas tempoh kesukaran, itulah yang dimaksudkan oleh pakar ekonomi yang pasaran secara asasnya bersifat kitaran.

Kami meminta pakar untuk memberi sedikit pendapat mengenai pasaran bear terkini, apakah itu pasaran bear, mengapa ia terjadi dan apakah jangkaan beliau terhadapnya. Pakar Ekonomi, Jefferey Schultz, Pakar Ekonomi Kanan di BNP Paribas Afrika Selatan, menjawab persoalan-persoalan kami.

Media sering mengatakan mengenai inflasi dan kadar faedah tidak akan berakhir, tetapi mengapa pasaran menunjukkan prestasi yang teruk apabila bank pusat mengumumkan kadar faedah terbaru?

“Inflasi ialah topik terhangat dalam pasaran kini kerana ia memberi kesan terhadap banyak perkara dalam sistem kewangan global, termasuklah tindakan pengguna, perkembangan dan aktiviti global,” kata Schultz.

Beliau juga mengatakan yang inflasi di pelbagai negara membangun adalah pada tahap yang sama pada 1980. Pada masa itu, Bank Rizab AS terpaksa mengakibatkan kemelesetan dengan menaikkan kadar faedah dengan tinggi untuk mengekang perbelanjaan pengguna, salah satu perkara yang menyebabkan inflasi.

Mengapa sesuatu aset kelihatan lebih terkesan dari kenaikan kadar faedah berbanding aset lain?

“Kemelesetan global memberi kesan terhadap individu yang gemarkan risiko, oleh sebab itu aset yang berisiko biasanya menunjukkan prestasi yang lemah pada tempoh ini,” kata Schultz. Terdapat juga konsep “lari ke tempat selamat” ketika pasaran bear, yang telah direkodkan dalam matawang rizab seperti Dollar AS.

Kami telah melihat matawang kripto beraksi sama seperti saham teknologi pada minggu lepas, yang dianggap sebagai aset yang lebih berisiko.

Apakah sebab utama inflasi yang kita hadapi sekarang?

“Covid-19 telah mencipta laluan sempit terhadap rantaian bekalan global,” kata Schultz. Dan perkara menjadi lebih buruk akibat dari kekecohan politik, menyebabkan kesan terhadap bekalan makanan, agrikultur dan tenaga.

Sokongan pendapatan yang tidak boleh dijangka ketika pandemik juga telah menyebabkan peningkatan dalam simpanan, memberi kesan menaik terhadap perbelanjaan. Dalam erti kata lain, apabila bekalan bagi sesuatu barang meningkat, harga akan turut meningkat, berdasarkan konsep bekalan dan permintaan.

Mengapa terdapat terlalu banyak fokus terhadap Bank Rizab AS walaupun bank pusat lain turut meningkatkan kadar interest?

“Kerana saiz dan kepentingan ekonomi AS terhadap sistem ekonomi global. Dollar juga digunakan sebagai matawang rizab dunia,” terang Schultz.

Negara-negara membangun utama seperti AS sedang bergelut untuk memastikan kadar inflasi masih berada dalam kawalan akan menyebabkan ketirisan terhadap pasaran lain, terutamanya tindakan-tindakan drastik iaitu menaikkan kadar faedah – Bank Rizab AS telah memastikan situasi ini dalam kawalan, kata Schultz.

Bank Rizab AS dikritik mengenai cara mereka menguruskan kadar interest dan polisi kewangan. Mengapa ia berlaku?

“It is clear that many central banks have been behind the curve and are now having to play catchup,” Schultz says. “The Fed is going to have to raise faedah rates more aggressively to ensure it takes back control of inflation and inflation expectations.” 

“Jelas kelihatan yang banyak bank pusat kini ketinggalan dan mereka sedang berusaha mengejar,” tambah Schultz. “Bank Rizab AS akan menaikkan kadar faedah dengan aggresif untuk memastikan mereka boleh mengawal inflasi dan jangkaan inflasi.”

Peningkatan kadar faedah mungkin dalam bentuk kenaikan 50 poin asas secara berturut-turut di antara sekarang dan September.

Apakah maksudnya jika Bank Rizab AS menaikkan kadar faedah sebanyak 50 poin asas?

Poin asas ialah 1/100 persen. Jadi, 50 poin asas bermaksud kadar kenaikkan faedah sebanyak 0.5%. Pada tahun 1980, Pengurusi Bank Rizab AS, Paul Volcker, meningkatkan kadar faedah sehingga 20%. Kadar faedah di AS buat masa kini adalah 1.75%, dan mempunyai purata sebanyak 5% di antara 1971 dan 2022.

Kenaikan kadar faedah ini adalah bertujuan untuk ‘menyejukkan’ ekonomi AS dengan menggalakkan pengguna untuk menyimpan dan membendung perbelanjaan.

Apakah kaedah lain yang ada bagi penggubal polisi untuk memastikan inflasi berada dalam kawalan?

Bank Rizab AS dan bank-bank pusat lain, yang bebas sepenuhnya dari kerajaan, menggunakan polisi kewangan untuk memastikan harga terus kekal melalui kawalan inflasi. Bagi kerajaan pula, mereka menggunakan polisi fiskal untuk mengalihkan masalah ini dari ekonomi am. Mereka melakukannya dengan melabur dalam ekonomi, atau meningkatkan cukai.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada beberapa tahun lepas telah meletakkan kita dalam keadaan yang tidak boleh dijangka walaupun adanya sokongan kewangan global dan polisi fiskal. Bank pusat dan kerajaan di negara masing-masing sedang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini dan mungkin akan menyebabkan pertambahan simpanan dan permintaan dari pelanggan. Bank pusat dan kerajaan akan memperlahankan ekonomi, tetapi tidaklah terlalu perlahan atau ia akan menyebabkan kemelesetan.

“Inilah situasi pasaran sekarang dan sebab mengapa terdapat turun naik yang ekstrem dalam pasaran,” kata Schultz.

Jerome Powell, Pengurusi Bank Rizab AS mengatakan yang “Kami bukan cuba untuk menimbulkan provokasi, dan kami rasa kami tidak perlu untuk memprovokasi… kemelesetan.

Bagaimana untuk mengetahui yang bank pusat masih boleh mengawal inflasi?

“Inflasi sememangnya sukar untuk dihapuskan,” kata Schultz, bermaksud banyak bank pusat akan, sama ada, menaikkan atau meneruskan untuk menaikkan kadar faedah.

Mengurangkan inflasi dan jangkaan inflasi ialah petanda awal yang jelas yang inflasi masih dalam kawalan. Jika bank pusat boleh mencapainya tanpa menyebabkan kemelesetan, harga pasaran akan mula meningkat dan kita akan menghampiri garis penamat kitaran kenaikan,” kata Schultz.

In other words, lower inflation levels without too much harm to economic activity may signal some relief, but that may not be any time soon. 

Dalam kata lain, pengurangan kadar inflasi tanpa memberi kesan besar terhadap aktiviti ekonomi mungkin memberi petunjuk yang situasi akan menjadi lebih baik, tapi bukanlah dalam masa yang terdekat.

Baca artikel kami mengenai inflasi bagi penerangan yang lebih teliti apakah di sebalik kitaran inflasi ini.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

100
5