Bagaimana kami melindungi pelanggan kami

stopfraud

Melindungi wang dan data milik pelanggan ialah keutamaan teratas kami. Oleh sebab itulah kami sentiasa mengemaskini struktur keselamatan kami dan bekerja keras untuk membanteras aktiviti jenayah.

Terus berevolusi

Kita kini tinggal di era digital di mana komunikasi terus berevolusi. Dari talian tetap ke telefon mudah alih, atau dari surat ke emel, dan dari telegram ke mesej segera, semuanya tiba ke hujung jari kita dengan hampir segera.

Dengan itu, kita sering terlupa bagaimana mudahnya untuk kita berkongsi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali. Walaupun undang-undang kini lebih ketat untuk melindungi pengguna dan lebih banyak usaha untuk mendidik pengguna mengenai keselamatan siber – data ini masih lagi boleh didapati oleh para penjenayah.

Untuk membantu kami membanteras penjenayah dan aktiviti penipuan yang mensasarkan pelanggan yang ‘lemah’, kami perlu berusaha sebaik mungkin untuk memastikan sebarang tindakan yang dilakukan adalah dibuat oleh pelanggan kami.

Pengawasan berterusan

Kami mengawasi banyak akaun dengan dekat untuk mencari klu dan corak aktiviti penipuan di lokasi-lokasi di mana aktiviti lebih tinggi berbanding dengan aras yang ditetapkan, atau apabila kami mendapati terdapat peningkatan dalam cubaan penipuan.

Adalah matlamat kami untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk memastikan kami tidak berurusan dengan penyamar. Dalam beberapa kes, kami mungkin akan meminta pelanggan untuk menghantar dokumen identiti mereka sebaik sahaja mereka membuka Dompet baru, atau akaun, melalui Luno.

Mungkin langkah-langkah ini kadang kala dirasakan agak menyusahkan, namun ini tambahan lapisan keselamatan ini bermaksud tiada sesiapa yang boleh membuka akaun dengan menggunakan nama anda dan maklumat peribadi anda.

Melindungi akaun anda

Di Luno, kami mempunyai protokol keselamatan yang ketat dan memastikan pangkalan data dan wang anda dilindungi.

Sementara kami melakukan usaha terbaik untuk memastikan akaun anda selamat, penting juga untuk anda memahami dan mengambil peluang untuk menggunakan fungsi keselamatan yang kami sarankan.

Learn how you can further safeguard your account, with our articles on how to identify and avoid Bitcoin scams, and how to protect your crypto from hacks, scams and phishing.

Ketahui lagi bagaimana anda boleh terus melindungi akaun anda dengan membaca artikel bagaimana untuk mengenali dan mengelakkan penipuan Bitcoin dan bagaimana untuk melindungi kripto anda daripada digodam, ditipu dan phishing.

Jika anda mendapati ada perkara yang mencurigakan berlaku pada akaun anda, sila jangan ragu-ragu untuk memberitahu kami di phishing@luno.com dan kami sedia membantu anda.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0