Bagaimana pendekatan telus dan jangka masa panjang Luno memberi kesan kepada pelanggan kami

Industri matawang kripto dilihat masih lagi muda dan terdapat banyak peluang besar dalam ruang pembangunan teknologi kripto. Dalam persekitaran ini, semua perkara bergerak dengan laju dan kadang-kala ia menjadikan seseorang pengguna itu menjadi obses dengan satu-satu perkara dalam kripto. Jika matawang kripto terus berkembang menjadi satu use case yang bersifat global, maka syarikat-syarikat yang beroperasi dalam ruang ini perlu mengambil pendekatan yang bertanggungjawab dan telus. Jadi oleh itu, kami ingin menegaskan semula komitmen kami dalam usaha membina perniagaan yang mampan, yang sentiasa meletakkan keselamatan pengguna sebagai perkara yang paling utama.

Pembuktian rizab (proof-of-reserves)

Luno menerbitkan laporan pembuktian rizab (proof-of-reserves) pada setiap suku, agar anda boleh memastikan yang matawang kripto anda disimpan dengan selamat di atas nama anda pada asas 1:1 dan tersedia untuk anda pada bila-bila masa. Kerja-kerja pengauditan ini dilakukan oleh Mazars, sebuah firma advisori dan percukaian, serta pengaudit antarabangsa bebas.

Tapisan terhadap koin yang dikeluarkan

Kami melaksanakan proses yang teliti dan ketat apabila kami membuat keputusan untuk menambah aset untuk pelaburan atau perdagangan, berdasarkan kriteria teknikal dan undang-undang yang amat ketat. Namun begitu, perlu diingatkan yang proses ini bukanlah bertujuan untuk mengesahkan satu-satu aset itu sebagai pelaburan yang berpotensi besar untuk dilaburkan. Anda perlu sentiasa melakukan kajian anda sendiri dan melakukan penilaian yang anda rasakan paling terbaik untuk anda sebelum melabur.

Kawal selia untuk semua

Luno sentiasa meletakkan kawal selia sebagai pendekatan utamanya dalam kripto. Kami terus memberikan fokus yang besar dalam menjadi platform kripto yang dilesenkan di seluruh dunia, kerana kami percaya yang inilah pendekatan terbaik dalam memastikan keselamatan pelanggan kami.

Usaha kami untuk masa depan

Untuk mengembangkan industri ini secara bertanggungjawab, seluruh komuniti kripto perlu terus bekerja dalam rangka kerja sistem kewangan sedia ada, termasuklah undang-undang dan kawal selia yang mengawasi industri kripto.

Jika matawang kripto terus berkembang sebagai use case bersifat global, ia merupakan satu ajakan untuk kita semua bekerjasama dengan pihak pengawal selia untuk melaksanakan tanggungjawab kita dalam usaha menjadikan industri kripto ini selari dengan undang-undang, mencapai potensinya dan melakukan tindakan yang terbaik untuk melindungi pelanggan kami. Misi Luno ialah untuk meletakkan kuasa kripto dalam genggaman semua orang dan kami akan menjayakannya dengan penuh tanggungjawab.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

6
0