Bagaimana rangkaian Lighting menambahbaik Bitcoin?

Rangkaian Lighting berfungsi sebagai ‘lengan’ tambahan bagi Bitcoin dengan membantunya menyelesaikan masalah-masalah berikut:
Caj luar jangkaanÂ
Pada rangkaian Bitcoin, ruang blok adalah terhad kepada satu megabyte. Ini memberikan impak besar terhadap caj yang dikenakan oleh pelombong untuk memasukkan transaksi anda ke dalam blok.
Jumlah transaksi
Rangkaian Bitcoin hanya boleh memproses sebanyak tujuh transaksi per saat.
Kelajuan
Disebabkan perkara di atas, rangkaian Bitcoin boleh menjadi amat sesak apabila terdapat permintaan yang tiinggi (bayangkan anda sedang beratur di restoran ketika waktu makan tengahari di tempat kerja), ini bermaksud akan berlaku kelewatan yang sukar untuk dijangkakan untuk berapa lama tempoh diperlukan untuk pelombong mengesahkan transaksi anda.
Bagaimana rangkaian Lighting berfungsi?
Dengan menggunakan rangkaian Lighting, caj akan dikurangkan dengan dramatik, serta lebih banyak jumlah transaksi boleh diproses.
Setiap transaksi bermula apabila rangkaian Lighting membuka salurannya. Saluran ini berfungsi sebagai ‘jambatan’ di antara dua pengguna pada rangkaian, sama seperti satu panggilan telefon di antara dua telefon bimbit.
Saluran ini membolehkan mereka (dua pengguna ini) menghantar matawang kripto seperti Bitcoin kepada satu sama lain dengan jumlah yang bebas ditentukan oleh mereka sendiri. Saluran ini beroperasi pada rangkaian yang berbeza sepenuhnya, dan biasanya dirujuk sebagai lapisan ‘luar rantaian’ yang dibina di atas rantaian blok Bitcoin. Apabila transaksi dimuktamadkan dan saluran ditutup, transaksi akan ditulis semula sebagai satu transaksi tunggal dan dimasukkan pada rantaian blok Bitcoin, yang dikenali sebagai transaksi ‘atas rantaian’.
Hasil rangkaian Lighting yang beroperasi secara bebas di luar rangkaian Bitcoin yang sesak dan perlahan, rangkaian ini berkebolehan untuk mencapai kelajuan pemprosesan lebih laju dan pengurangan kos – dicapai apabila semua transaksi yang berlaku dikumpulkan sekali dan ditambah sebagai satu sahaja ‘penambahan’ pada rantaian blok.
Ruang penambahbaikan
Walaupun manfaat rangkaian Lighting dilihat jelas, ia masih melibatkan sedikit kos dan boleh menjadi sasaran bagi penipuan dan serangan siber. Tetapi disebabkan oleh kemaskini seperti pengaktifkan Taproot yang berlaku pada penghujung tahun 2021, penambahan fungsi tandatangan Schnorr membuka potensi terhadap privasi transaksi dan penambahbaikan keselamatan terhadap rangkaian.