Bagaimana untuk melakukan kajian sendiri (DYOR)

Dalam era digitalisasi masa kini, ilmu pengetahuan menjadi semakin mudah untuk diakses sungguhpun kemudahan sedemikian turut membawa kepada risiko maklumat palsu. Begitu juga dalam konteks matawang kripto di mana ia meliputi perkembangan situasi yang amat dinamik dengan pembangunan terkini dari semasa ke semasa.
Jadi, ia adalah penting untuk memahami pelaburan kripto anda dan mengikuti perkembangan terkini dalam bidang kripto. Mengambil kira pelbagai maklumat palsu yang kita sering dengari, adakah kaedah ini berkesan dan bagaimanakah pula dengan pengguna kripto baharu sama ada untuk mempercayai kesahihan sumber atau sebaliknya?
Langkah 1: Membuat semakan rekod prestasi sumber tertentu
Langkah untuk mengesahkan sebarang fakta boleh mengambil masa dan merupakan proses yang sukar terutamanya apabila seseorang individu itu tidak memiliki asas teknikal dalam bidang berkaitan. Ia adalah jauh lebih mudah untuk menyemak kesahihan sumber yang anda khususnya jika anad merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai. Antara sumber berita yang boleh dipercayai seperti surat khabar dan majalah yang perlu mematuhi perundangan dan piawaian tertentu dalam bidang kewartawanan. Lebih-lebih lagi menerusi platform media sosial di mana individu bebas untuk menghantar sebarang hantaran. Amalkan sikap skeptik pada semua sumber; kerana semuanya boleh menjadi sahih, dan tidak.
Tanya kepada diri anda sendiri..
- Adakah sumber berkenaan boleh dipercayai atau pernah terlibat dalam insiden penipuan sebelum ini?
- Adakah sumber tersebut sering menghasilkan sensasi tertentu dari aspek pelaporan berita?
- Apakah kebarangkalian sama ada individu yang terlibat cenderung untuk berkongsi informasi terbabit?
- Adakah individu terbabit merupakan seorang ahli pakar dalam topik atau bidang yang berkaitan?
- Bagaimanakah dengan hantaran sosial media oleh penulis dan adakah mereka konsisten atau bersifat tidak menentu?
- Berapa lamakah akaun atau penerbitan berkenaan telah berkecimpung dalam bidang masing-masing? Sesetengah profil palsu misalnya, hanya berusia beberapa hari walaupun mempunyai ramai pengikut yang palsu.
Sila membuat semakan secara terperinci jika artikel atau hantaran berkenaan bergantung kepada sumber yang lain untuk menyokongnya!
Langkah 2: Adakah informasi yang dikongsi adalah tepat atau sebaliknya
Kadangkala ia mungkin menjadi tugasan yang mencabar untuk menentukan sama ada sumber tertentu boleh dipercayai atau tidak. Jika anda tidak dapat menjumpai jawapan kepada persoalan yang timbul, anda juga digalakkan untuk mempertimbangkan beberapa aspek berikut dari segi kandungan…
- Perhatikan bahasa yang diguna pakai. Adakah ia sekadar menjadi perhiasan? Adakah perkataan jargon dan panjang lebar telah digunakan sebagai percubaan untuk menyembunyikan erti sebenar di sebalik penggunaan bahasa?
- Adakah mereka menggunakan terma yang kurang jelas seperti ‘kajian terkini menunjukkan’ tanpa mengemukakan bukti atau sumber rujukan yang sebenar?
- Apakah asal usul sumber informasi anda dan adakah ia bersifat sumber utama atau sekunder? Adakah mereka memetik sumber tanpa nama atau sumber secara umum? Adakah ia digunakan dalam konteks yang tepat?
- Adalah mereka menyokong kajian masing-masing dengan penggunaan data utama dan penyelidikan daripada sumber yang sah? Jika rujukan dibuat terhadap data, adakah ia sebahagian daripada tinjauan dan pandangan masyarakat umum atau fakta sebenar?
- Membuat penilaian informasi mengikut konteks misalnya adakah ia seiring dengan peristiwa yang pernah berlaku atau sedang berlaku, dan apakah pandangan orang ramai terhadap maklumat sedemikian?
- Adakah mana-mana pihak pernah melaporkan topik atau peristiwa yang sama tetapi dari sudut yang berbeza?
- Adakah anda mendapati sebarang cerita yang serupa daripada sumber yang lain?
Langkah 3: Membezakan antara fakta dan pandangan
“Bitcoin mungkin tidak berjaya mencapai objektif tertentu, tetapi ia berpotensi menjadi sejenis pelaburan yang bersifat spekulatif. Ini amat mengelirukan bahkan ibarat tanpa nilai intrinsik dan tidak didokong oleh apa-apa.” Kenyataan ini telah muncul di bawah paparan utama dalam The Brutal Truth About Bitcoin. Mungkin ia kelihatan benar dari pandangan pertama tetapi realiti sebenarnya adalah ia sekadar pandangan peribadi yang dilontarkan oleh seorang invididu dan tidak mewakili semua pihak.
Dalam sebuah laporan baru-baru ini yang bertajuk Truth Decay, laporan tersebut berpandangan bahawa dunia kewartawanan dan sistem pelaporan telah banyak berubah dalam tempoh tiga dekad yang lalu dengan “transisi daripada media lama dan baharu kepada bentuk kewartawanan yang lebih subjektif berdasarkan kepada perspektif peribadi serta naratif tertentu.”
Dalam dunia yang penuh polarisasi ini, ia adalah amat sukar untuk membezakan fakta dan pandangan dan jika sesuatu idea telah dikemukakan sebagai fakta, ia tidak bererti ia adalah bersifat sedemikian sepenuhnya…
- Sentiasa membuat semakan terhadap kesahihan artikel atau laporan. Lazimnya istilah penulisan peribadi adalah tersembunyi atau hanya akan ditulis dalam teks perkataan yang kecil.
- Adakah artikel atau laporan berkenaan ditulis dari sudut individu pertama?
- Meneliti dan membuat pertimbangan terhadap artikel secara menyeluruh. Misalnya adakah sesuatu idea atau naratif sedang dipromosikan kepada anda?
Langkah 4: Adakah terdapat unsur lain di sebalik kenyataan sebenar
Tidak dinafikan, terdapat pelbagai jenis maklumat palsu yang menular dalam internet malahan ditambah pula dengan laporan atau hantaran media sosial yang tular sebagai percubaan oleh individu tertentu untuk memperdaya mangsa penipuan. Anda boleh menggunakan kaedah teknikal dalam artikel ini bagi tujuan semakan terperinci.
Selain itu, terdapat juga banyak berita tular seperti ‘artis atau selebriti X telah membeli mata wang kripto’ sejak kebelakangan ini sehingga membawa kepada kes di mahkamah susulan tindakan mereka untuk menjalankan kegiatan penipuan terhadap individu yang telah menjadi sasaran. Jadi pastikan anda tidak menjadi mangsa-mangsa penipuan…
- Pada kebiasaannya, anda dapat mengenal pasti dari permukaan sumber sama ada sesuatu skim adalah berbentuk penipuan seperti menawarkan pulangan yang lumayan.
- Kegiatan phishing merupakan salah satu jenis jenayah siber di mana mereka menyamar sebagai institusi tertentu dan mensasarkan golongan individu yang dikenal pasti dengan menghubungi mereka melalui e-mel, nombor telefon atau mesej ringkas. Pelaku lazimnya mempunyai modus operandi yang khusus dan penuh helah dalam usaha memperdaya mangsa penipuan. Jadi anda perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan yang diperlukan.
- Sama ada ia penipu atau maklumat palsu, elakkan daripada mengambil sebarang tindakan secara tergesa-gesa.
Langkah 5: Mengawasi maklumat palsu dengan menjadi vigilante secara bertanggungjawab
Anda tidak perlu berasa tertekan untuk melakukan sesuatu apabila berdepan dengan situasi maklumat palsu tetapi anda dinasihati untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga. Tindakan membetulkan informasi palsu memerlukan pendekatan yang teliti tanpa terburu-buru kerana informasi sedemikian lazimnya hanya memaparkan kenyataan yang bersifat separuh benar sebelum menjadi tular atau dibesar-besarkan cerita.
Apa yang perlu dilakukan jika anda berasa ada yang tidak kena…
- Jika terdapat kenyataan yang bersifat separuh benar, maka anda perlu mengenal pasti isu dan mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu sebelum menggunakan sebahagian daripada kenyataan sebagai bukti yang menyokong anda mengambil kira baki kenyataan terlibat.
- Perkongsian semula artikel yang asal selain memberi komen tambahan boleh membawa kepada situasi informasi negatif di luar jangkaan anda.
- Pastikan anda sentiasa memberi perhatian sama ada ia dikongsi di mana-mana media sosial memandangkan orang ramai boleh terdedah kepada maklumat palsu tanpa disedari oleh mereka. Terangkan isu sebenar yang berlaku untuk memastikan supaya individu yang lain tidak menjadi mangsa penipuan.