Kalendar Ekonomi 2026: peristiwa penting tahun ini

Crypto trends

Jika tahun 2025 telah menguji ketenangan para pelabur, 2026 dijangka terus mencabar. Emas terus merekodkan harga tertinggi baharu, manakala salah satu rangkaian kripto asal dijangka akan mengalami Halving pada tahun ini serta kemungkinan berlaku perubahan kepimpinan terhadap Rizab Persekutuan AS. Regulasi kripto Amerika Syarikat, tarif dan perubahan polisi dagangan – tahun ini penuh dengan pelbagai peristiwa yang boleh mengubah pasaran.

Kami telah menyenaraikan peristiwa ekonomi utama yang anda perlu tahu pada tahun ini. Walaupun bukan senarai menyeluruh, inilah perkara yang paling dijangka memberi impak.

Sebelum kita maju ke hadapan, mari pandang semula peristiwa yang membentuk tahun lepas.

Peristiwa utama 2025

Pasaran 2025 dibentuk oleh pelbagai rekod harga baharu, renjatan makroekonomi dan perkembangan regulatori. Bitcoin mencatat harga tertinggi baharu melebihi $100,000 namun perubahan dalam polisi dagangan AS mencetuskan tempoh volatiliti mendadak terhadap pasaran kripto dan tradisional. Ethereum melaksanakan kemaskini utama rangkaian yang bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan dan kebolehgunaan. Manakala penggubal polisi Amerika Syarikat meluluskan rangka kerja persekutuan pertama bagi stablecoin.

Semuanya memberi gambaran bagaimana hampirnya hubungkait pasaran kripto dengan polisi global, regulasi dan keadaan kewangan meluas. Baca lagi peristiwa-peristiwa utama pada tahun lepas.

1. Bitcoin memecah paras $100k
Bitcoin hampir mencecah $109,000 pada Januari 2025, dipacu oleh pelancaran Rizab Strategik Bitcoin AS.

2. Pasaran menjunam akibat tarif
Awal April 2025 memperlihatkan pasaran merudum jatuh akibat pengumuman tarif dagangan AS baharu.

3. Kemaskini Ethereum Petra
Pada 7 Mei 2025, Ethereum melaksanakan kemaskini Petra, meningkatkan kecekapan rangkaian tersebut. Had fungsi Stake dinaikkan ke 2,048 ETH dan “akaun pintar” diperkenalkan agar rangkaian dapat diskalakan lebih besar dan bersifat mesra pengguna untuk institusi.

4. Akta GENIUS
Kelulusan Akta GENIUS menyediakan rangka kerja persekutuan yang jelas buat pertama kali bagi stablecoin. Pengeluar stablecoin kini dibawah seliaan kerajaan persekutuan, menjadikan dolar “on-chain” sahih digunakan dalam undang-undang dan menjana kecairan institusi bernilai trillion dolar terhadap DeFi. 

5. Kecairan Oktober
Walaupun “Uptober” dilihat kukuh, pasaran kripto dan saham mengalami penjualan besar-besaran disebabkan kenyataan AS untuk mengenakan 100% tarif terhadap barangan import dari China.

Peristiwa penting 2026

Ondo di Solana 

Q1 2026 

Ondo, platform kripto yang membantu pengguna menjana hasil dari kripto dan stablecoin, merancang untuk mengeluarkan produk aset ditokenkan pada rangkaian Solana – menambah satu lagi rantaian blok pada rangkaian tersebut.

Mengapa penting untuk pelabur?

Inisiatif ini boleh meningkatkan penggunaan produk Ondo sambil memacu aktiviti tambahan pada rangkaian Solana, memberi manfaat kepada kedua-dua ekosistem apabila penerimaan meningkat.

Akta CLARITY

Q1 – Awal Q2 

Akta CLARITY ialah satu rang undang-undang struktur pasaran kripto AS utama yang direka untuk menjelaskan peranan badan kerajaan yang akan mengawasi aset-aset digital serta posisinya dalam undang-undang AS. Rang undang-undang ini telah melalui pelbagai cabaran dalam usahanya untuk dimasukkan dalam sistem AS, dengan baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coinbase, Brian Amstrong menarik semula sokongan terhadap pembangkang, terutamanya mengenai stablecoin dan hasil (yield). Jika penasihat Rumah Putih memberi sokongan, akta ini akan dilaksanakan, namun soalannya – bila?

Mengapa penting untuk pelabur?

Pencerahan regulatori boleh membuka penyertaan institusi, mengurangkan risiko undang-undang dan menyokong perkembangan jangka panjang, manakala penangguhan boleh memperlahankan momentum.

Keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS

18 Mac 

Seperti yang dijangka, Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah dalam mesyuarat pertama tahun in, namun bulan Mac mungkin akan membentuk keseluruhan tahun, kerana mesyuarat kali ini akan memutuskan sama ada Rizab Persekutuan akan kekal berhati-hati atau berlakunya potongan kadar faedah.

Why Mengapa penting untuk pelabur? 

Dalam titik plot Rizab Persekutuan AS bagi September 2025, FOMC membuat unjuran median kadar faedah sebanyak 3.25% – 3.50% pada penghujung 2026, menunjukkan akan berlaku satu potongan kadar faedah tambahan sebanyak 0.25% pada tahun ini. Manakala JP Morgan menjangkakan kemungkinan dua pemotongan kadar faedah akan berlaku.

Era Powell berakhir

Mei 2026 

Posisi Jerome Powell sebagai pengerusi Rizab Persekutuan akan berakhir pada Mei tahun ini, membuka peluang pemimpin baharu dengan pandangan polisi yang berbeza. Menurut Presiden Trump dalam ucapan Forum Ekonomi Dunia pada lewat Januari lepas, beliau mengatakan “Saya akan mengumumkan pengerusi Rizab Persekutuan baharu tidak lama lagi. Saya rasa beliau akan melakukan yang terbaik.” Powell dan Trump mempunyai perbezaan pendapat mengenai polisi monetari – Powell mahu berhati-hati dan tegas, tetapi Trump memberi tekanan kepada Rizab Persekutuan untuk merendahkan kadar faedah. 

Mengapa penting untuk pelabur? 


Perubahan kepemimpinan boleh mengubah cara Rizab Persekutuan menguruskan inflasi dan menyokong perkembangan – dan cara ini akan mempengaruhi pasaran untuk satu kadar yang lama. Jika tekanan Trump berjaya, pengerusi seterusnya mungkin lebih mudah untuk dipengaruhi oleh Rumah Putih mengenai pengurangan kadar faedah, yang mana menyokong aset-aset berisiko seperti kripto dan saham.

Bayaran semula Mt. Gox 

1 Julai – 31 Oktober 

Walaupun pernah banyak kali ditunda, Mt. Gox dijadualkan akan menerima pembayaran balik Bitcoin, Bitcoin Cash dan tunai selepas perbicaraan selama lebih dari 10 tahun.

Mengapa penting untuk pelabur? 

Pengagihan modal yang besar boleh memperkenalkan ketidaktentuan. Akan berlaku tekanan harga jika penjualan besar-besaran berlaku namun situasi ini juga boleh memberikan keyakinan pasaran jika pembayaran semula ii tidak mengakibatkan tekanan jualan oleh para pelabur.

Halving Litecoin

~30 Julai 2026

Peristiwa Halving bagi Litecoin akan mengurangkan ganjaran blok yang dibayar kepada para pelombong, sekaligus akan memotong bekalan LTC baharu yang masuk dalam pasaran setiap hari. Halving adalah satu peristiwa yang telah dijadualkan khas untuk menjadikan aset-aset kripto berkurangan dari masa ke semasa.

Mengapa penting untuk pelabur? 

Kadar bekalan yang lebih perlahan menjadikan kripto berkurangan. Ini akan memberi kesan bagaimana pasaran akan menilainya, terutamanya jika permintaan semakin bertambah.

Perlaksanaan of Akta GENIUS Act 

Pertengahan 2026

Akta GENIUS telah ditandatangani pada Julai 2025 dan ia merupakan undang-undang AS pertama bagi pembayaran stablecoin. Pelaksanaan penuh dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan 2026.

Mengapa penting untuk pelabur? 

Akta GENIUS menyatakan dengan jelas peraturan bagi stablecoin, mengurangkan ketidaktentuan dan risiko regulatori yang boleh mempengaruhi penerimaan, dagangan dan integrasi antara bank dan platform kripto.

Pemilihan pertengahan penggal AS 2026

3 November 

Pengundi AS akan memilih siapa yang akan menerajui Kongres bersama Presiden Trump pada penggal kedua. Pemilihan pertengahan penggal berlaku pada setiap dua tahun, dan tujuan utamanya untuk menentukan kawalan Kongres dan untuk mempengaruhi agenda legislatif presiden.

Mengapa penting untuk pelabur? 

Keputusan pilihan raya memberi kesan terhadap polisi fiskal, regulasi dan keutamaan legislatif, termasuklah regulasi kripto – semuanya boleh memberi impak terhadap pasaran kewangan. Walaupun masih terlalu awal untuk dibualkan, ramai pakar penganalisis mengatakan mungkin akan berlaku pertukaran kawalan berdasarkan rating penerimaan semasa dan kemenangan oleh pihak Demokratik pada pemilihan baru-baru ini.

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Adakah artikel ini berguna?

5
0