Kontrak Kunci Masa Hash

Jika anda pernah membuat permohonan kerja dalam era digital, anda mungkin pernah menerima kontrak digital yang mempunyai tempoh tamat selepas suatu tempoh sekiranya anda tidak menerimanya. Kontrak Kunci Masa Hash atau Hash Time Locked Contract (HTLC) merupakan salah satu jenis mod pembayaran yang beroperasi dengan cara yang sama seperti transaksi yang terikat dengan masa dalam dunia kripto.
Kontrak HTLC dapat mencapai matlamat ini melalui penggunaan kunci hash (hashlock) dan kunci masa (timelock) yang memerlukan para penerima pembayaran untuk membuat perakuan bahawa mereka telah menerima bayaran sebelum tempoh tertentu dan menghasilkan bukti pembayaran dalam bentuk kriptografik. Jika penerima tersebut tidak dapat mengemukakan bukti pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, maka transaksi berkenaan adalah tidak sah.
Perjanjian HTLC dinamakan selepas mekanisme kunci hash dan kunci masa kerana mereka memainkan peranan yang penting dalam penyelesaian transaksi rantaian blok.
Apakah maksud Hashlock?
Sebagaimana pengoperasian kontrak pintar, kunci hash (hashlock) merupakan suatu instrumen yang mengehadkan dan menghalang suatu pelaburan atau pembelian sehingga syarat spesifik yang ditetapkan telah dipatuhi. Dalam contoh di atas, syaratnya adalah supaya bukti pembayaran dihasilkan selepas penerima mengesahkan bahawa mereka telah menerima pembayaran berkenaan.Â
Apakah maksud Timelock?
Seperti kunci hash, kunci masa (timelock) menjadi antara mekanisme yang mengekang transaksi atau akses kepada akaun sehingga suatu tempoh yang ditetapkan.
Antara ilustrasi HTLC yang dapat diperhatikan adalah Rangkaian Lightning Bitcoin yang mengimplementasi HTLC ke dalam saluran pembayaran mereka dan membolehkan pemindahan wang antara individu melalui perantara walaupun mereka tidak berkait rapat antara saluran pembayaran dan pengaturan atomik (atomic swap).