Luno menerbitkan verifikasi penuh bagi pelanggan untuk suku ketiga

Pasaran kewangan global berada dalam keadaan sukar dalam beberapa bulan ini, dan pasaran kripto turut tidak terkecuali.

‘Boleh dipercayai’ ialah satu perkara utama yang sering diperkatakan pada akhir-akhir ini. Oleh kerana tiada siapa boleh menjangka hala tuju pasaran seterusnya, perkara yang boleh digunakan oleh para pelabur kini adalah menggunakan platform kripto yang boleh dipercayai.

Kunci utamanya adalah memastikan wang pelanggan benar-benar wujud dan diambil kira. Oleh sebab itulah kami menerbitkan laporan Bukti Rizab pada setiap suku.

Apa itu Pembuktian Rizab?

Luno bekerjasama dengan Mazars, firma advisori dan cukai serta pengaudit antarabangsa yang terkemuka untuk menjalankan pengauditan bagi Pembuktian Rizab suku ketiga (Q3). Laporan Bukti Rizab ini memberikan anda ketenangan yang Luno menyimpan matawang kripto anda dengan selamat untuk anda gunakan pada bila-bila masa.

Mazars akan menjalankan ujian pada pemilikan-pemilikan ini untuk membuktikan matawang kripto yang dipaparkan di dompet Luno anda benar-benar wujud.

Mengapa kami melakukannya?

Di Luno, misi kami adalah untuk meletakkan kuasa kripto dalam genggaman semua orang. Berikutan dari gangguan pasaran baru-baru ini, kami ingin memastikan yang pelanggan kami mengetahui yang mereka selamat dan dilindungi dengan Luno.

Oleh sebab itulah kami meletakkan sepenuh usaha untuk menerbitkan laporan Bukti Rizab ini kerana kesahihan matawang kripto anda bukanlah perkara yang anda patut risaukan.

*Laporan hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris sahaja

Laporan Suku Ketiga 2022

Laporan Suku Kedua 2022

Laporan Suku Pertama 2022

Laporan Suku Keempat 2021

Laporan Suku Ketiga 2021

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

2
0