Mari kenali jenis-jenis matawang kripto

Matawang kripto sememangnya banyak memodenkan sistem kewangan sekarang, tetapi dengan adanya pelbagai jenis matawang kripto yang masing-masing mempunyai penggunaan yang berbeza, bagaimana untuk mengetahui fungsi koin-koin seperti Bitcoin, Ethereum, USDC dan Uniswap?
Sebagai permulaan, sesetengah koin boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran dan utiliti. Untuk kali ini, mari kita fokuskan pada empat matawang kripto yang utama pada masa sekarang.
Tiga jenis matawang kripto
- Koin pembayaran
- Koin utiliti
- Stablecoin
Koin pembayaran
Untuk sesuatu koin itu dianggap sebagai kaedah pembayaran yang diterima, sesuatu komuniti itu perlulah boleh menggunakan koin tersebut untuk pembelian dan pembayaran sesuatu barang atau perkara. Untuk melakukannya, koin tersebut perlu mempunyai nilai dan boleh dipindahkan antara satu individu ke satu individu lain. Bitcoin, Litecoin, Ripple (XRP) dan Bitcoin Cash tergolong dalam jenis ini, dimana syarikat-syarikat menggunakan koin-koin ini untuk menggerakkan wang ke seluruh dunia dengan lebih cepat dan murah berbanding sistem perbankan tradisional.
Contoh Koin pembayaran yang telah dibangunkan
- Bitcoin
- Litecoin
- XRP
Koin utiliti
Konsep koin utiliti adalah sama seperti fungsi kupon atau token di funfair. Sebagai contoh, anda perlu membeli token dan menunjukkan kupon tersebut jika anda ingin menyertai permainan di pesta tersebut. Untuk koin utiliti, syarikat yang terlibat membina produk mereka pada platform Ethereum dan membayar caj penggunaan dalam Ether (matawang kripto kedua terbesar dan matawang kripto asal bagi rangkaian Ethereum). Melalui konsep kupon/token, Ether berfungsi sebagai token dan contoh mudah bagi koin utiliti.
Token utiliti yang telah dibina
- Ether
Stablecoin
Stablecoin ialah matawang kripto yang beroperasi pada rantaian blok seperti matawang kripto lain, tetapi koin ini disandarkan pada aset-aset lain, seperti matawang simpanan seperti Dollar. Sebagai contoh, setiap USD Coin (USDC) yang diedarkan, pengeluar koin tersebut, Circle, akan menyimpan $1 pada simpanannya. Dengan itu, Circle dapat sentiasa memastikan nilai 1 USDC bersamaan dengan $1.
Stablecoin boleh digunakan dalam pelbagai fungsi disebabkan oleh sifat harganya yang stabil dan boleh dijangka. Pedagang menggunakan stablecoin untuk didagangkan pada bursa, dan pada yang sama, ia juga boleh digunakan untuk menghantar dan menerima wang. Stablecoin juga boleh dianggap sebagai koin pembayaran bagi sesetengah pihak.
Contoh Stablecoin yang telah dibangunkan
- USDC
- Tether
Soalan Lazim
Adakah kategori-kategori matawang kripto di atas diiktiraf oleh pengawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (Securities and Exchange Commission) di Amerika Syarikat?
Tidak. Definisi bagi matawang-matawang kripto di atas adalah berdasarkan fungsi bagi setiap matawang kripto. Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) dan pengawal selia di seluruh dunia sedang bertungkus-lumus untuk mentakrifkan matawang kripto secara sah dari segi undang-undang. Dalam sesetengah kes, usaha mengiktiraf matawang kripto seperti Bitcoin dilihat sebagai komoditi langsung, tetapi terdapat pertikaian di mana koin-koin lain adalah tidak lebih daripada sekuriti yang bertindak sebagai koin utiliti. Hasil daripada perbahasan ini mungkin akan memberi kesan mendalam tentang bagaimana matawang kripto yang spesifik akan dikawal selia.
Bolehkah matawang kripto memiliki lebih daripada satu fungsi dalam satu masa?
Isu ini sukar untuk diterangkan dan ini adalah satu perkara yang agak rumit bagi pengawal selia. Matawang kripto boleh menjadi salah satu daripada pelbagai perkara dalam satu-satu masa dan berubah menjadi sesuatu yang amat berlainan selepas sesuatu tempoh. Sebagai contoh, Bitcoin. Ia bermula sebagai satu alternatif kepada wang tradisional, koin pembayaran terus, tetapi sekarang Bitcoin juga mempunyai fungsi sebagai medium pelaburan dan penyimpan nilai.
Banyak koin yang asalnya hanya lebih sedikit daripada sekuriti dan merupakan saham syarikat yang ditokenkan, tetapi selalu digabungkan ke dalam koin utiliti apabila syarikat tersebut mengeluarkan produk atau servis yang memerlukan penggunaan koin asal pada rantaian bloknya.
Adakah hanya terdapat empat jenis koin?
Tidak, tetapi empat koin tersebut dianggap sebagai empat koin utama dalam matawang kripto. Jika anda melihat dengan lebih teliti, terdapat sub-kategori pada jenis-jenis matawang kripto tersebut, termasuk token DeFi, koin tadbir urus (governance), altcoin, memecoin dan pelbagai lagi. Kebanyakkan sub-kategori tersebut bertindih antara satu sama lain dan kebanyakannya mempunyai fungsi yang hampir serupa.