Mari memahami hala tuju Cardano

Cardano

Biasa dirujuk sebagai Ethereum generasi seterusnya, Cardano ialah platform kontrak pintar yang berazam untuk menjadi lebih laju dan boleh lebih lagi diskalakan berbanding pesaing-pesaingnya. Salah satu perkara kunci utama untuk mencapai tahap ini ialah menggunakan pendekatan perdasarkan penyelidikan terhadap pembangunan Cardano, dengan setiap fasa diperkukuhkan dengan maklumbalas-maklumbalas oleh rakan (peer) dan bukti untuk membantu platform tersebut terus maju sebagai rantaian blok yang boleh disesuaikan, boleh diskalakan dan pantas.

Sebagai sebahagian dari misi Cardano, pembangun-pembangun rantaian blok ini memecahkan rancangan pembangunannya kepada lima fasa berbeza — yang juga dirujuk sebagai ‘era’. Kelima-lima era ini dikenali sebagai Byron, Shelley, Goguen, Basho dan Voltaire, bersempena nama-nama ahli sains berpengaruh dan figura-figura bersejarah. Setiap fasa ini direka untuk menambah baik lagi kebolehfungsian platform Cardano.

Jadi, apakah yang diwakili oleh setiap era, dan dimana kita sekarang dalam kitaran pembangunan ini?

Byron (Teknologi)

Berikutan dari pelancaran rantaian blok Cardano pada September 2017, fasa ini bermula dengan menubuhkan infrastruktur yang membenarkan pengguna rantaian blok untuk membeli dan menjual matawang kripto natifnya iaitu ADA — dijanakan oleh protokol konsensus terbaru proof-of-stake yang dikenali sebagai Ouroboros.

Untuk membantu Cardano mencapai tujuan ini, IOHK, syarikat penyelidikan infrastruktur rantaian blok dan kejuruteraan yang dilancarkan oleh pengasas-pengasas Cardano iaitu Charles Hoskinson dan Jeremy Wood, turut mengeluarkan dompet Daedalus — dompet dekstop rasmi pertama untuk matawang kripto Cardano.

Shelley (Ganjaran)

Direka sebagai peralihan selamat dan stabil terhadap Cardano, fasa ini membantu dalam membina komuniti pengesah yang lebih kukuh. Komuniti ini bekerja pada rangkaian yang lebih kurang intensif tenaga berbanding rantaian blok lain.

Pada tahp ini, kemas kini yang dipanggil kemas kini “Mary” diperkenalkan untuk membolehkan pengguna mencipta token mereka sendiri pada rangkaian Cardano.

Goguen (dApps dan kontrak pintar)

Fasa Goguen adalah fasa pembinaan pengalaman pengguna sepenuhnya dan membangunan fasa ini memfokuskan keizinan untuk pengguna teknikal dan bukan teknikal mencuba sendiri mencipta kontrak pintar dan aplikasi tidak berpusat (dApps) pada Cardano.

Fasa ini dinamakan bersempena ahli sains komputer Amerika, Joseph Goguen dan era ini bergerak sejajar dengan Shelley. Kedua-dua era ini memastikan semua orang, tidak kira latar belakang teknikal, boleh mencipta dan menggerakkan kontrak pintar pada rangkaian Cardano.

Untuk mencapai tujuan ini, bahasa pengaturcaraan tambahan yang dipanggil Marlowe dicipta untuk membolehkan pengguna bukan pengaturcara mencipta dan menguji kontrak pintar.

Bashō (rantaian tepi)

Era Bashō memfokuskan terhadap kebolehskalaan dan inter-kebolehoperasian yang optimum terhadap rantaian blok. Kedua-dua perkara ini adalah punca kejayaan rangkaian ini.

Cardano mencapai kedua-dua perkara ini melalui rantaian tepi atau sidechain. Ia merupakan rangkaian rantaian blok berasingan yang berhubung dengan rantaian Cardano utama. Rantaian tepi membantu melebarkan kebolehan rangkaian, temasuklah kapasitinya dan memperkenalkan fungsi eksperimental baru tanpa memberi kesan terhadap rantaian blok utama.

Voltaire (konsensus dipertingkatkan)

Era kelima dan terakhir ini membenarkan pengguna dalam rangkaian Cardano memberikan cadangan penambahbaikan, sama seperti BIP (Cadangan Penambahbaikan Bitcoin) untuk Bitcoin, yang boleh diundi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam komuniti.

Dilihat sebagai petak terakhir dalam hala tuju ini, penambahan fungsi undi dalam era Voltaire akan memastikan pembangunan masa depan rangkaian ini adalah dalam tangan penggunanya, dengan pengesah boleh menggunakan pertaruhan ADA mereka sendiri dan hak untuk mengundi sebagai salah satu cara mempengaruhi arah pembangunan Cardano pada masa depan.

Dalam memastikan Cardano mempunyai dana untuk terus menambahbaik platformnya, era Voltaire juga akan memperkenalkan perbendaharaan yang akan mengambil sedikit dari semua caj transaksi untuk memenuhi dana pembangunan masa depan.

Di mana kita sekarang?

Pada 22 September, pasukan pembangunan Cardano mengeluarkan naik taraf terbaru mereka iaitu Vasil, yang dinamakan sempena Vasil St. Davov — seorang pakar matematik Bulgaria dan duta Cardano.

Naik taraf ini memperkenalkan pelbagai penambahbaikan yang bertujuan untuk melebarkan lagi kebolehupayaan Cardano, membolehkan pembangun-pembangun dApp untuk mencipta lebih banyak pengalaman baru dan membenarkan peningkatan kapasiti rangkaian.

If you’re interested in keeping up-to-date with the latest changes to the network, the development details of each update can be found here.

Jika anda berminat untuk terus mengetahui apakah perubahan yang terjadi pada rangkaian Cardano, perincian bagi setiap kemas kini boleh ditemui di sini.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

3
0