Mari menyelami apa itu Bitcoin

Matawang kripto | Bitcoin |
Pengasas | “Satoshi Nakamoto”, namun pencipta sebenar tidak diketahui |
Tahun dilancarkan | 2009 |
Mekanisma konsensus | Proof-of-Work |
Penggunaan | Pelaburan jangka panjang, pembayaran |
Keunikan | Pemodalan pasaran terbesar, paling bernilai, rangkaian selamat |
Bitcoin asalnya dicipta pada tahun 2009 sebagai salah satu bentuk matawang digital yang dicipta untuk era internet. Bitcoin merupakan teknologi pertama yang menyelesaikan masalah penipuan dalam cubaan penciptaan matawang digital dengan menggunakan kaedah kriptografi dalam memastikan keselamatannnya.
Pada hari ini, Bitcoin digunakan oleh berjuta-juta individu di seluruh dunia sebagai alternatif kepada kaedah pembayaran tradisional dan salah satu cara untuk menyimpan. Bitcoin dianggap sebagai salah satu cara terbaik untuk menyimpan kekayaan kerana ia mempunyai bekalan tetap sebanyak 21 juta unit, menjadikannya bersifat sama dengan emas. Ini telah menjadikan Bitcoin juga turut digunakan sebagai pelaburan atau sebagai alternatif dalam simpanan.
Bitcoin telah melahirkan matawang yang dilindungi secara kriptografi, yang dikenali sebagai matawang kripto. Ia menggunakan teknologi yang sama seperti Bitcoin, tetapi mempunyai penggunaan-penggunaan lain selain daripada sebagai wang dan transaksi.
Belajar lagi mengenai Bitcoin
Bitcoin dianggap sebagai aset yang sukar ditemui, sama seperti emas
Apakah manfaat Bitcoin?
Sebagai matawang kripto – satu unit tukaran yang digunakan untuk membayar sesuatu perkara – Bitcoin mempunyai ciri-cirinya.
Pernahkah anda cuba untuk menghantar wang merentasi benua? Kosnya tinggi dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke penerima. Penghantaran wang dari bank ke bank lain dalam negara yang sama juga turut mengambil masa beberapa hari.
Pindahan Bitcoin boleh dilakukan dengan cepat ke seluruh dunia, sama ada anda menghantar Bitcoin kepada ahli keluarga di negara lain, atau membayar makanan yang menerima matawang kripto Bitcoin. Kosnya juga murah. Kos transaksi pada rangkaian Bitcoin hanyalah sebahagian daripada kos yang diperlukan untuk menghantar wang menggunakan servis tradisional bank.
Bitcoin juga selamat. Ia tidak pernah digodam, walaupun ia boleh dicuri (seperti perkara lain dalam dunia ini), Bitcoin tidak boleh dimanipulasi.
Apa itu rantaian blok Bitcoin?
Bitcoin boleh melakukan semua perkara di atas kerana ia bersifat tidak berpusat – tiada pihak tengah seperti bank yang memproses transaksi dan mengambil upah daripadanya.
Semua disebabkan oleh rantaian blok Bitcoin, rangkaian yang membolehkan transaksi Bitcoin direkodkan. Ideanya seperti Google Drive, di mana setiap transaksi direkodkan dan ia akan kekal selamanya. Rekod-rekod sebelumnya pada Drive tersebut tidak boleh diubah, dan semua rekod-rekod baru perlu disahkan oleh sebahagian besar pengguna rangkaian – yang seorang pun tidak mengenali antara satu sama lain. Semua orang, termasuk anda, saya, jiran anda, mahupun presiden, boleh melihat apa yang berlaku dalam Drive tersebut.
Paling penting, tiada individu atau entiti yang memiliki rantaian blok Bitcoin. Oleh itu, tiada sesiapa boleh membuat sebarang perubahan terhadap apa yang telah direkodkan, atau bagaimana rantaian blok itu berfungsi. Ini bermaksud anda boleh kekal yakin yang ia sentiasa mengikuti peraturan yang sama dan mengetahui apakah peraturan-peraturannya.
Bagaimana Bitcoin dicipta?
Bitcoin dicipta melalui bagaimana transaksi direkodkan pada rantaian blok Bitcoin. Dengan menggunakan satu kaedah yang dipanggil proof-of-work, komputer yang berkuasa tinggi (yang dipanggil pelombong) akan bersaing antara satu sama lain untuk peluang merekodkan transaksi pada rantaian blok. Pelombong ini akan diberikan ganjaran apabila mereka mengesahkan dan merekodkan transaksi Bitcoin pada rangkaian dengan Bitcoin yang baru dicipta. Pelombong kemudian boleh menyimpan atau menjual Bitcoin baru tersebut.
Bagaimana transaksi Bitcoin direkodkan pada rantaian blok?
- Pengguna menghantar matawang kripto menggunakan dompet Bitcoin. Setiap transaksi mengandungi alamat peribadi pengirim, alamat awam penerima dan jumlah matawang kripto yang dihantar.
- Transaksi-transaksi ini dikumpulkan dan menunggu untuk diambil dan disahkan oleh pelombong. Pelombong akan menambah transaksi itu sebagai satu ‘blok’ pada rantaian blok.
- Setiap komputer dalam rangkaian Bitcoin akan menyemak sama ada maklumat dalam blok tersebut adalah sah atau tidak.
- Apabila disahkan, blok baru tersebut akan direkodkan pada rantaian blok.
Adakah Bitcoin mempunyai bekalan yang terhad?
Terdapat had bagi jumlah Bitcoin yang boleh dicipta, berbanding dengan kerajaan mempunyai kawalan penuh terhadap jumlah wang fiat yang digunakan pada satu-satu masa. Jumlah Bitcoin hanya akan kekal sehingga 21 juta unit sahaja. Bitcoin juga telah diprogramkan, oleh itu Bitcoin baru hanya akan dikeluarkan mengikut jadual yang telah ditetapkan sehingga mencapai jumlah maksima pada sekitar tahun 2140. Jika dan apabila permintaan meningkat dan Bitcoin menjadi lebih sukar ditemui, konsep ‘bekalan dan permintaan’ menjadikan harga Bitcoin, berkemungkinan, akan meningkat.
Adakah Bitcoin satu pelaburan yang bijak?
Jika kita melihat pada nilainya, sukar untuk dibayangkan yang pada 2011, anda boleh membeli 1 Bitcoin dengan harga $1. Kenaikan nilai ini disebabkan oleh penerimaan global terhadap matawang kripto tersebut.
Apabila lebih ramai lagi pengguna mula menggunakan dan membeli Bitcoin, ia akan menarik lebih banyak lagi minat pelabur institusi dari kewangan tradisional untuk membeli sejumlah besar Bitcoin, menjadikan harganya meningkat lebih tinggi (terus ke bulan!)
Walaupun harganya pernah menurun pada dekad sebelumnya, ia kembali naik. Apa yang berlaku seterusnya adalah.. siapa tahu?