Mengapa anda perlu menjadualkan pelaburan anda?

Menjadualkan pembelian matawang kripto secara berkala ialah strategi pelaburan popular yang digunakan untuk mengurangkan risiko dan membina pelaburan anda dari masa ke masa. Apabila anda melabur dengan amaun yang kecil sedikit demi sedikit berbanding membuat satu pelaburan yang besar, anda mengurangkan faktor psikologikal seperti ketakutan dan keterujaan dari sebarang keputusan yang dibuat. Strategi ini juga melancarkan titik masuk anda, yang bermaksud anda mungkin tidak melihat keuntungan yang sama jika anda membeli dengan harga termurah dan menjual pada harga termahal, tetapi strategi ini besar kemungkinan memberikan anda peluang untuk buy high dan sell low.

Strategi ini biasanya dikenali sebagai ‘anggaran kos dollar’. Anggaran kos dollar telah mendapat tempat dalam beberapa tahun sebelum ini, kerana lebih strategi ini lebih mudah dan selamat.

Dagangan kripto

Pasaran matawang kripto masih lagi dalam tahap yang baru dan tiba-tiba, perubahan harga signifikan menjadi satu kebiasaan. Jika anda menyimpan kripto kerana anda percaya yang satu hari nanti ia akan menjadi medium tukaran utama dunia, perubahan harga yang besar mungkin tidaklah begitu penting untuk anda, kerana anda sudah bersedia. Untuk individu lain pula, mereka boleh menjadikan matawang kripto sebagai aset yang menarik untuk didagangkan sebagai keuntungan.

Perdagangan kripto bukanlah eksperimen sains. Anda boleh meluangkan banyak masa untuk melakukan kajian dan cuba untuk menjangka masa beli dan jual terbaik untuk keuntungan tetapi masih boleh gagal. Juga diingatkan, aktiviti perdagangan boleh memberikan tekanan yang hebat. Jika anda tidak sanggup meluangkan masa untuk membina strategi yang sesuai dengan anda dan melakukan kajian pergerakan pasaran, atau anda adalah seorang yang mempunyai sifat tolenrasi yang kurang terhadap risiko, terdapat kaedah yang lebih senang untuk melabur melalui startegi anggaran kos dollar.

Untuk hold atau hodl

Perkara yang menarik mengenai harga Bitcoin adalah ia mungkin bersifat turun naik pada jangka masa pendek, tetapi bagi jangka masa panjang, harganya tidaklah terlalu turun naik. Sebenarnya harganya cuma bergerak ke satu arah sahaja — ke atas. Sebagai contoh, pada 1 September 2016, anda boleh membeli 1 Bitcoin pada harga $572 tetapi pada tarikh 1 September 2021, Bitcoin yang sama bernilai lebih $48,000 — keuntungan lebih 85X.

Trend kenaikan jangka masa panjang ini telah menjadikan idea untuk hodling semakin popular. Secara mudahnya, apabila anda membeli sejumlah matawang kripto dan menyimpannya untuk potensi pertumbuhan masa panjang. Hodl sebenarnya merupakan kesalahan ejaan bagi hold atau pegang, oleh seorang ahli forum atas talian Bitcoin Talk pada tahun 2013. Sejak itu, hodl digunakan secara meluas.

Hodling tidak memerlukan banyak masa berbanding strategi perdagangan yang lebih cenderung kepada pelaburan jangka pendek. Hodling juga dibuktikan efektif apabila anda mengambil kira kenaikan meteorik Bitcoin sejak pengenalannya.

Menariknya, HODL juga digunakan sebagai akronim untuk Hold on for Dear Life — ayat ini menjadi relevan apabila harga Bitcoin menjatuh. Dalam situasi harga Bitcoin menjatuh, hanya perlu ‘pegang kuat-kuat’ (hold on for dear life) dan tunggu sehingga harganya kembali meningkat. Ayat ini juga menggambarkan tekanan dan emosi yang mungkin anda akan alami dalam usaha untuk melihat dari perspektif yang lebih besar, dan juga kesabaran untuk tidak menjual aset anda.

Menjadualkan pelaburan dengan purata kos dollar

Hodling tidak memerlukan ketelitian teknikal, tetapi anda masih boleh menjadi pakar dalam melakukannya. Dengan menjadualkan rutin pembelian matawang kripto tanpa mengira harga, anda akan mengurangkan impak perubahan harga, tidak perlu stress dalam melihat dan menunggu masa yang sesuai dan menyingkirkan elemen emosional dari sebarang keputusan yang dibuat. Strategi inilah yang dipanggil purata kos dollar.

Matawang ‘Dollar’ pada ‘purata kos-dollar’ bukanlah semata-mata dollar sahaja. Ia boleh ditukar dengan sebarang matawang di dunia ini. Konsepnya, jika anda melabur dalam jumlah yang kecil secara berkala dalam satu tempoh yang lama, anda melindungi pelaburan anda dari pergerakan harga yang besar dan mengelakkan kesalahan anggaran masa (mistiming) yang akan menyebabkan pembelian pada harga tertinggi. Untuk menjangkakan masa dalam pasaran dengan ketepatan 100% adalah mustahil, oleh itu strategi purata kos dollar akan mengurangkan kerugian anda apabila pasaran jatuh dalam membantu memaksimakan keuntungan anda. Keputusan berat sebelah (bias) juga boleh dielakkan dalam membuat keputusan.

Untuk memahami purata kos dollar, anda boleh menggunakan perkakas yang disediakan oleh dcaBTC, yang membantu anda mengira berapa banyak anda akan dapat pada satu tempoh masa yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika anda menyimpan $10 pada setiap bulan selama tiga tahun di antara 22 September 2019 hingga 22 September 2021, pelaburan asal yang bernilai $360 akan menjadi $2026 — 462% kadar pertumbuhan.

Kedengaran hebat, kan? Tidak juga. Terdapat juga pengguna yang melihat bahawa purata kos dollar tidak memberikan keuntungan yang boleh didapati dari pelaburan harian atau hodling. Apabila harga meningkat, pelabur yang awal melabur akan mendapat hasil yang lebih baik. Ini bermaksud, strategi purata kos dollar mungkin telah mengurangkan kesan pada pulangan. Dalam kes ini, pelaburan dengan satu jumlah yang banyak sekaligus mungkin lebih baik dari strategi kos dollar. Selain itu, purata kos dollar juga tidaklah mengurangkan sepenuhnya semua risiko dan tidak menjamin kejayaan pelaburan — terdapat banyak faktor lain yang perlu diperhalusi. Diingatkan yang strategi purata kos dollar ini hanyalah satu strategi yang paling selamat dan tidak sesuai jika anda ingin menjadi pelabur besar yang berjaya. Jika menjadi seorang individu yang ingin membuat pelaburan besar dan berjaya, menjadualkan pembelian matawang kripto anda adalah langkah yang bijak untuk bermula.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

129
7