Mengapa Ethereum bernilai?

Ethereum pada asalnya dibangunkan dengan tujuan lebih daripada sekadar menjadi pemudah cara pembayaran digital. Sebaliknya ia dibina sebagai sebuah platform yang menyokong kemunculan aplikasi tidak berpusat dan pelaksanaan kontrak pintar, dan seterusnya membuka peluang untuk menambah nilai bidang teknologi seiring dengan pertumbuhan pasaran dan industri berkenaan.
Aplikasi berasaskan Ethereum semakin mencuri tumpuan dalam bidang kewangan, hiburan dan kesenian malahan ia turut mencetuskan industri baharu iaitu kewangan tidak berpusat (DeFi). Antaranya termasuk pertumbuhan pesat token tidak terpiawai (NFT) yang kini dikenali orang ramai. Bagi rantaian blok, perkembangan dan pengaruh dominan baharu rangkaian di hampir semua pelosok pasaran terus menjadi indikator nilai yang kukuh.
Bitcoin berjaya mentransformasi fungsi wang dan mod pembayaran menerusi peranan rantaian blok teknologi, sementara Ethereum dijangka mengikut jejak dan membuat demikian menerusi aplikasi digital merentasi industri kewangan, hiburan dan sebagainya. Dengan adanya mesin maya yang tersendiri termasuk automasi kontrak pintar dan kripto dalaman, aplikasi teknologi sedemikian masih mempunyai banyak potensi serta ruang untuk terus berkembang pesat dan akhirnya mendominasi industri baharu dalam tempoh yang akan datang.