Mengapa penting untuk mempelbagaikan pelaburan anda?

Memelihara kekayaan mungkin kedengaran kurang menarik berbanding menjana kekayaan, tetapi keseimbangan di antara kedua-dua pendekatan ini dianggap sebagai salah satu aspek paling penting dalam pelaburan jangka panjang.
Penjanaan kekayaan mensasarkan untuk memaksimakan kenaikan pasaran, manakala bagi memelihara kekayaan, ia bermaksud melindungi pelaburan anda daripada kejatuhan harga. Salah satu kaedah yang terbaik dalam mencapai pendekatan ini ialah dengan cara mempelbagaikan pelaburan anda dengan pelbagai aset. Risiko terhadap portfolio pelaburan anda akan disebarkan disebabkan oleh kejatuhan nilai distabilkan semula oleh aset yang lebih stabil dan aset yang sedang meningkat. Pakar memanggilnya sebagai portfolio yang seimbang.
Contoh:
Mari lihat bagaimana kepelbagaian berfungsi dalam pasaran ekuiti.
Bayangkan jika anda melabur sebanyak $10,000 dalam saham Ayarikat A (Saham A), dan nilainya menjadi separuh dalam tempoh satu malam. Pengurangan nilai ini akan menghasilkan ‘lubang’ yang dalam pada portfolio pelaburan anda.
Tetapi, jika anda melaburkan $10,000 tersebut pada lima syarikat berbeza termasuk Syarikat A, kejatuhan harga saham A akan diimbang oleh pelaburan dalam empat syarikat lain.
Sama seperti pelaburan matawang kripto. Jika anda meletakkan semua wang ke dalam Bitcoin atau Ethereum, atau matawang kripto lain, terdapat risiko yang pelaburan anda menjadi amat bergantung dengan prestasi matawang kripto tersebut. Jika Bitcoin mengalami ‘hari berdarah’, nilai pelaburan anda akan menurun tetapi jika anda membahagikan pelaburan anda di antara tiga ke empat atau lima koin, risiko akan dikurangkan.
Bagaimana anda melebarkan risiko?
Semuanya bergantung pada masa pelaburan dan apa yang anda laburkan.
Kepelbagaian terpakai pada semua tahap pelaburan. Kepelbagaian digunakan pada tahap teratas, di antara kelas aset yang berbeza: matawang, komoditi seperti emas, hartanah, equiti, aset digital dan banyak lagi.
Kemudian, terdapat juga kepelbagaian di tahap yang lebih rendah dalam kalangan kelas aset. Dalam pelaburan equiti, sebagai contoh, pelabur biasanya melabur dalam pelbagai syarikat yang beroperasi dalam pelbagai sektor berbanding dari melabur semua simpanan anda pada satu saham syarikat.
Purata kos Dolar
Berapa kerap anda melabur juga turut memberi kesan terhadap risiko pelaburan anda. Banyak pakar kewangan menasihati pelabur untuk melabur secara berfasa, berbanding dari melabur semuanya sekali gus.
Apabila anda melabur dengan jumlah dan waktu yang sama, pelabur boleh mengimbangi naik turun harga dalam pasaran. Ini dikenali sebagai purata kos Dolar.
Pelbagaikan pelaburan anda dengan Luno
Fungsi belian pelbagai kami membolehkan anda membeli semua matawang kripto paling popular kami, atau semua matawang kripto yang ditawarkan dengan satu pembelian. Atau, anda juga boleh memilih koin-koin yang ingin dibeli dan jumlah belian anda akan dibahagikan secara sama rata terhadap semua matawang kripto yang telah dipilih. Ini akan membantu anda menyebarkan risiko dalam pelaburan kripto anda.