Mengapakah wujud perbezaan harga matawang kripto di seluruh dunia?

Jika anda membuat pencarian mengenai harga Bitcoin atau mata wang kripto yang lain sama ada menerusi engin pencarian seperti Google atau pelbagai jenis platform perdagangan berlainan seperti Luno – anda mungkin mendapati perbezaan harga dari platform ke platform.

Hal ini kerana tiada piawaian tertentu atau harga Bitcoin yang tetap di peringkat global. Berbeza dengan mata wang tempatan, Bitcoin tidak ditambat pada mana-mana objek yang memberi nilai kepadanya seperti mata wang atau sesuatu aset. Sebaliknya, ia bergantung kepada kesanggupan pembeli untuk membayar pada amaun tertentu dan pada kebiasaannya pengguna yang menggunakan platform berlainan tidak mempunyai sebarang halangan untuk membayar amaun yang berbeza.

Keadaan ini adalah ibarat orang yang menanyakan “Mengapakah kos satu beg beras di sebuah pasar raya, bandar atau negara adalah lebih mahal daripada jika dibandingkan dengan yang lain?” Hakikatnya, situasi ini sebenarnya bergantung kepada pengeluaran dan permintaan. Tanpa ditambat pada mata wang, pergerakan harga Bitcoin sentiasa berubah dan ia terpulang kepada berapa ramai yang ingin membeli dan menjualnya selain didorong oleh faktor lain seperti dari segi harga dan jumlah kuantiti.

Jom kita fahami secara dekat tentang perbezaan harga kripto.

Unjuran harga purata 

Memandangkan tiada piawaian global dalam konteks harga Bitcoin, persoalan yang timbul adalah bagaimanakah cara untuk memastikan bahawa ketepatan Google, platform dagangan mata wang digital atau pemantau harga sedia ada adalah terjamin? Pendek kata, ia bukanlah suatu perkara mudah. Realitinya, kebanyakan penjejak harga Bitcoin membuat penghitungan berdasarkan unjuran secara purata atau harga dagangan terkini Bitcoin mengikut sejarah transaksi di platform perdagangan utama. Misalnya, Google mengguna pakai Antaramuka Pengaturcaraan (API) Coinbase bagi tujuan membuat pengiraan harga Bitcoin yang menjelaskan sebab nilainya berkait rapat dengan Dolar Amerika Syarikat.

Selain itu, terdapat juga aspek lain seperti kadar pertukaran dagangan yang harus diberi perhatian. Bagi pengguna yang berpangkalan di negara yang Luno beroperasi, kadang kala mereka akan membuat pencarian harga Bitcoin dalam mata wang tempatan seperti negara Afrika Selatan – Rand (ZAR) atau Nigeria – Naira (NGN). Sebagai contoh, jika anda membuat pencarian “1 BTC untuk ZAR”, maka Google akan menunjukkan anggaran kadar pertukaran 1 BTC dalam Dolar Amerika Syarikat seperti yang dipaparkan oleh Coinbase pada waktu ini, dengan penukaran Dolar Amerika Syarikat kepada ZAR. Sungguhpun anda mempunyai Dolar Amerika Syarikat dalam akaun Coinbase anda, harga yang perlu dibayar mungkin berbeza daripada harga yang dipaparkan di Google akibat faktor seperti fi serta pemboleh ubah yang lain.

Pada masa yang sama, bukan semua platform di mana anda membeli atau menjual Bitcoin dengan Afrika Selatan Rand akan didagangkan pada kadar pertukaran yang sama. Justeru, harga yang anda perhatikan di Luno adalah unik memandangkan pengeluaran dan permintaan yang ditentukan oleh pembeli dan penjual juga unik dan ia mungkin berbeza menerusi platform perdagangan lain atau di Google.

Yang jelas, Luno tidak menentukan harga Bitcoin. Sebaliknya, Luno menyediakan platform kepada orang ramai untuk membeli dan menjual mata wang kripto.

Mengenai pengeluaran dan permintaan 

Platform perdagangan merupakan platform di mana pemegang mata wang Bitcoin menjual kepada sesiapa yang ingin membelinya. 

Jika anda mempunyai dua dagangan — Dagangan A dan Dagangan B dan kedua-duanya menyokong USD dan BTC, maka harga mereka adalah terpulang mengikut acuan pengeluaran dan permintaan semasa.

Apabila bilangan pengguna yang ingin menjual adalah lebih ramai berbanding pembeli, maka harganya akan menurun. Begitu juga dengan situasi apabila lebih ramai yang membeli daripada menjual di mana harga akan meningkat.

Sehubungan itu, platform perdagangan yang berlainan mungkin menunjukkan harga yang berbeza memandangkan mereka tidak mempunyai tahap kecairan yang sama. Sekali lagi, situasi ini mempunyai hubung kait dengan aspek pengeluaran dan permintaan.

Arbitraj

Jadi, jika Bitcoin didagangkan pada harga yang berbeza dalam platform perdagangan yang berlainan, adakah terdapat kebarangkalian untuk menjana keuntungan?

Sekiranya saya dapat menjual 1 BTC untuk 171,398 ZAR di Luno, tetapi harga 1 BTC adalah 163,246 ZAR, adakah ini bermakna saya berjaya memperoleh keuntungan sebanyak 8,152 ZAR secara langsung? Jawapannya tidak.

Ini merupakan antara perkara lazim yang berlaku dalam pasaran Bitcoin seperti pasaran yang lain dan proses ini adalah dikenali sebagai arbitraj.

Jika anda mempunyai item yang serupa — contohnya avokado atau Bitcoin dan kos mereka lebih tinggi di suatu tempat berbanding yang lain, tetapi pada masa yang sama orang ramai masih akan membelinya untuk mengaut keuntungan hasil daripada perbezaan tersebut. 

Ia nampak mudah: Beli avokado (atau dalam kes ini Bitcoin) di pasar raya, bandar atau negara yang menawarkan harga yang rendah dan kemudian jual kesemuanya apabila harga menjadi mahal. Bagaimanapun, pedagang-pedagang baru mungkin akan mendapati bahawa ia sebenarnya bukanlah perkara yang mudah.

Dengan cara yang sama di mana penghantaran avokado dibuat dari satu tempat ke tempat yang lain dengan dikenakan caj, begitu juga dengan pemindahan mata wang kripto antara negara mahupun di platform yang berasingan bukanlah percuma.

Ini tidak bermakna ia tidak berlaku, cuma ia tidak berlaku di mana-mana pada setiap masa. Namun perkara yang bertentangan juga boleh berlaku di mana Bitcoin didagangkan pada nilai yang lebih rendah di platform perdagangan antarabangsa – dan kesemua ini adalah bergantung pada situasi pasaran semasa. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0