Menjejaki transaksi: konsep pemilikan tanpa identiti dalam Bitcoin

Sejak kebelakangan ini, pelbagai liputan media melaporkan Jabatan Cukai dan Hasil Diraja (HMRC), badan pengawal selia percukaian di negara United Kingdom kini sedang dalam proses pencarian peralatan analisa rantaian blok. Agensi percukaian berkenaan turut menawarkan sebanyak £100,000 untuk mana-mana perisian yang mampu mengenal pasti individu yang menggunakan mata wang kripto untuk tujuan seperti “mengelakkan daripada dikenakan cukai atau kegiatan pengubahan wang haram.”

Menurut HMRC, “kebanyakan transaksi aset kripto direkodkan secara awam dalam lejar yang dikenali sebagai rantaian blok. Walaupun transaksi ini lazimnya bersifat terbuka tetapi peserta yang terlibat mungkin tidak.”

“Aset kripto seperti mata wang Bitcoin dan Ethereum menyediakan medium pertukaran nilai kepada parti yang berinteraksi antara satu sama lain,” ulas lanjut HMRC. “[…] Perkhidmatan ini diguna pakai secara am untuk pelbagai tujuan dan kegunaan sama ada melibatkan pemindahan wang antarabangsa, penjualan perkhidmatan digital, pembayaran staf ataupun kegiatan tertentu seperti mengelakkan percukaian dan pengubahan wang haram.”

Langkah ini sememangnya tidak mengejutkan memandangkan agensi berkenaan memainkan peranan untuk mendapatkan kembali segala percukaian yang belum dipulangkan. Namun persoalannya ialah bagaimanakah pula dengan konsep pemilikan tanpa identiti Bitcoin serta mata wang kripto yang lain? 

Isu reputasi 

Saban tahun, reputasi umum Bitcoin disusuli dengan persepsi bahawa ia digunakan sebagai antara kaedah jenayah oleh penjenayah di peringkat antarabangsa. Antaranya termasuk platform pasaran dalam laman web gelap seperti Silk Road yang terus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan liputan media serta imaginasi masyarakat am. 

Rentetan daripada itu, terdapat banyak usaha yang telah dijalankan untuk mengikis persepsi sedemikian dengan mengambil kira pertumbuhan kripto dalam saluran utama serta kesedaran orang ramai yang kian meningkat khususnya tentang cara mata wang kripto beroperasi. 

Dalam hal ini, perkara yang bertentangan sebenarnya adalah lebih tepat di mana Bitcoin disifatkan sebagai antara kaedah pembayaran yang paling telus pernah dibangunkan. Untuk itu, ia turut mempunyai potensi sebagai peralatan pencegahan jenayah kewangan yang cekap dan efektif. 

Adakah Bitcoin bersifat tanpa identiti?

Yang jelas, Bitcoin pada asalnya tidak direka secara tanpa identiti sepenuhnya. Sebaliknya ia lebih bersifat pseudo-tanpa nama (pseudonymous). Dalam konteks Bitcoin, ini merujuk kepada alamat di mana anda menerima Bitcoin. Setiap transaksi dan alamat dompet berkenaan disimpan di dalam rantaian blok awam selama-lamanya dan dapat diakses oleh mana-mana individu. 

Alamat tersebut tidak mendedahkan maklumat yang terperinci walaupun ia dapat memberi bayangan jika disiasat secara lanjut. Bayangkan alamat Bitcoin anda seperti alamat e-mel atau alias digital di mana identiti anda mungkin sukar untuk dikesan tetapi dengan analisis forensik, sebarang alamat Bitcoin boleh dijejaki.

Bagaimanakah ia berlaku?

Mana-mana transaksi Bitcoin anda dengan parti lain yang mengenali identiti anda semestinya melibatkan informasi tertentu dan maklumat ini boleh digunakan untuk mengenal pasti aktiviti silam atau yang terkini di dalam rangkaian. Sebagai contoh, katakan anda membeli topi menerusi platform digital, anda mungkin berkongsi alamat anda dengan peniaga supaya penghantaran dapat dibuat. 

Dalam hal ini, identiti anda boleh dijejaki sekiranya anda menggunakan  sambungan WiFi sulit memandangkan lazimnya bukti identiti atau ID diperlukan dalam penyediaan WiFi. Melalui cara ini, identiti anda dapat dipadankan dengan alamat Protokol Internet (IP).

Jika anda pernah berkongsi alamat dompet anda secara umum misalnya di dalam sebuah forum, anda mungkin telah menggunakan nama pengguna yang sama di platform lain walaupun maklumat lanjut mengenai identiti tidak dikongsi dan besar kemungkinan anda turut berkongsi informasi tertentu dalam hantaran yang lain menggunakan nama pengguna tersebut. Situasi ini membolehkan individu lain untuk mengesan anda menerusi sejarah hantaran. 

Jadi ia adalah penting memandangkan anda dapat mengakses semua transaksi yang berlaku dalam rangkaian Bitcoin, maka alamat Bitcoin berkenaan boleh digabungkan di bawah satu alamat yang sama. Apabila salah satu daripada alamat didapati mempunyai hubung kait dengan identiti sebenar dalam dunia nyata, ia boleh dijejaki seperti mana identiti lain melalui kaedah tertentu. 

Jadi adakah transaksi saya dipantau setiap masa?

Jawapan ringkas adalah tidak. Apabila anda membeli sesuatu barang, pada kebiasaannya para peniaga tidak akan menjejaki anda dengan mengambil kira kos yang terlibat. 

Bitcoin lazimnya akan meninggalkan jejak atas kertas (paper trail) yang boleh digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang untuk mengenal pasti pihak terlibat yang berniat jahat di sebaliknya bagi mengesan individu yang pernah menjalankan transaksi.

Aspek ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecenderungan penjenayah Bitcoin untuk menjalankan kegiatan jenayah dengan tahap kesukaran yang tinggi apabila mereka boleh dikenal pasti dalam rantaian blok seperti mana yang berlaku dalam kehidupan harian.

Terdapat banyak firma yang menawarkan program perisian untuk menghapuskan tanpa nama (deanonymise) alamat Bitcoin seperti aplikasi Chainalysis, Elliptic dan CipherTrace. Misalnya, Chainalysis telah memainkan peranannya dengan membantu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti dua orang agen palsu yang mencuri Bitcoin daripada dompet operator bagi pasaran perubatan digital.

Selain itu, pelbagai mata wang kripto turut menekankan kepentingan aspek keselamatan yang tinggi. Sesetengah mata wang kripto tanpa nama mungkin lebih sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa seperti Monero dan Zcash dengan menggunakan teknologi yang dikenali sebagai bukti sifar pengetahuan untuk menghalang individu daripada menjejaki Bitcoin. Dalam konteks Bitcoin, HMRC dijangka tidak menghadapi banyak kesukaran untuk mencari syarikat yang menerima kontrak berkenaan sungguhpun para penjenayah akan sentiasa cuba mencari kelemahan atau ruang untuk menyalahgunakan sistem sedia ada.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0