Pembuktian Rizab mula diperkatakan, dan whale yang kini mempunyai lebih dari $2 billion nilai Bitcoin

Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat.
Berita terbesar minggu lepas
Bursa-bursa matawang kripto kini mula memaparkan pembuktian rizab berikutan insiden FTX
- Insiden kejatuhan FTX; salah satu bursa matawang kripto terbesar di dunia, telah menyebabkan banyak bursa-bursa matawang kripto lain mula bersikap lebih telus dalam memaparkan pelaburan pelanggan yang dipegang pada asas 1:1.
- Di Luno, matawang kripto milik anda sebagai pelanggan kami adalah selamat disimpan di atas nama anda pada asas 1:1.
- Semak pembuktian rizab suku tahunan kami dan baca bagaimana pendekatan telus dan jangka panjang memberi kesan kepada pelanggan kami.
Matawang kripto Ethereum, Ether mengalami deflasi
- Pada minggu lepas, penciptaan koin Ethereum baru adalah kurang dari kadar koin yang dibakar.
- Pengurangan dalam jumlah bersih penciptaan koin ini adalah disebabkan oleh kemaskini The Merge, dimana rangkaian Ethereum menukar kaedah pengesahan transaksinya pada rangkaian.
- Perkara ini mungkin akan mengakibatkan Ether akan dilihat sebagai aset yang terhad, seperti Bitcoin atau emas.
Twitter bakal memperkenalkan kaedah pembayaran pada platformnya
- Twitter kini berdaftar dengan Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan (Financial Crimes Enforcement Network). Menurut pakar, langkah ini akan meletakkan batu asas untuk memperkenalkan kaedah pembayaran pada platform tersebut.
- Elon Musk, pemilik baru Twitter, telah membuat kenyataan pada mesyuarat Twitter yang beliau berhasrat ingin memperkenalkan fungsi penghantaran wang dalam kalangan pengguna Twitter melalui platform tersebut.
- “Baiklah, anda mempunyai baki dalam akaun anda. Adakah anda ingin menghantar wang ke individu lain dalam Twitter? Dan jika kami mengisi akaun mereka dan berkata, kami akan memberi anda $10. Dan anda boleh hantar kemana-mana sahaja di Twitter,” kata Musk ketika mesyuarat yang dijalankan secara langsung itu.
Nilai inflasi terbaru adalah lebih rendah dari jangkaan
- Indeks Harga Pelanggan (CPI) meningkat sebanyak 0.4% pada bulan Oktober, lebih rendah dari apa yang pakar menjangkakan.
- Pasaran ekuiti memenuhi ruang berita, dengan SP500 meningkat sebanyak 5% selepas pengumuman tersebut.
- “Semua garisan trend menunjukkan yang ia akan terus bergerak ke hadapan, jika kita mengandaikan yang semuanya berada dalam keadaan baik,” kata Mark Zandi, ketua ekonomi di Moody’s Analytics, kepada CNBC.
Bacaan Panjang

Rangkaian kripto Ethereum, Ether, bertukar deflasi pada minggu lepas disebabkan oleh The Merge yang berlaku pada beberapa bulan lepas. Jika anda ingin mengetahu apakah yang berlaku semasa kemaskini the Merge dan apakah kesannya terhadap masa depan kripto kedua terbesar ini, jom semak artikel kami.
Rangkuman prestasi dan angka
$42 juta – Produk pelaburan kripto pada minggu lepas telah menyaksikan kemasukan modal sebanyak $42 juta, jumlah terbesar dalam tempoh 14 minggu, menurut data dari CoinShares.
0.485 ETH – Harga sepasang kasut Nike NFT (lebih kurang $600).
14,895,327 ETH – Jumlah ETH yang dipertaruhkan pada rangkaian Ethereum. Pertaruhan ini memastikan keselamatan rangkaian dengan mempertaruhkan koin mereka.
$2.4 billion -Seorang whale Bitcoin yang tidak dikenali telah mengumpul sebanyak $2.4 billion nilai Bitcoin, lebih kurang 144,664 Bitcoin. Ini menjadikan beliau adalah salah seorang pemegang Bitcoin terbesar di dunia. Anda boleh menyemak alamat Bitcoinnya di sini 👉 https://bitinfocharts.com/bitcoin/address/1LQoWist8KkaUXSPKZHNvEyfrEkPHzSsCd
Kapsul masa kripto
Jack Dorsey mengumumkan pada tahun 2018, Cash App akan memasukkan Bitcoin dalam aplikasinya.
Trivia kripto

Logo Ethereum adalah berdasarkan bentuk octahedron, yang membentuk sebahagian bentuk yang dipanggil polyhedrons. Bagi sesetengah budaya, octahedron dilihat sebagai simbol udara, yang telah menerbitkan spekulasi yang ia merupakan simbol Ether dalam rangkaian.
Berbaloi untuk ditonton
Peter McCormack, hos bagi podcast What Bitcoin Did, menjemput Jeff Snider, pakar bagi sistem kewangan global. Mereka akan membincangkan mengapa wang menjadi punca berlakunya perkara-perkara pelik pada masa kini. Tonton video tersebut di sini.