Perspektif Luno mengenai kawal selia matawang kripto

Umum bersetuju bahawa terdapat dua kepastian dalam bidang teknologi iaitu inovasi dan kawal selia. Dalam hal ini, hampir semua teknologi disruptif baharu berdepan dengan kekangan dari segi aspek perundangan ke arah penerimaan masyarakat umum. Bayangkan Uber dalam industri teksi atau Airbnb untuk industri perhotelan. Kedua-duanya telah mengalami evolusi di rantau yang mereka beroperasi termasuk set peraturan yang kompleks. Namun, ia tidak sama sesekali menjadi penghalang tetapi sebaliknya peruntukan perundangan telah memainkan peranan yang penting untuk mereka terus berkembang sebagai gergasi dalam bidang masing-masing sehingga ke tahap hari ini.

Begitu juga dengan Bitcoin and matawang kripto yang lain. Pada asalnya, industri matawang kripto berdepan dengan kawal selia dan garis panduan yang terhad. Bagaimanapun terdapat perubahan ketara saban hari seiring dengan langkah global ke arah mengawal selia penyedia perkhidmatan. Antaranya termasuk pematuhan perundangan seperti Anti Penggubahan Wang Haram (AML) dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (CFT) di beberapa buah negara di mana Luno beroperasi. Selain itu, terdapat juga panduan daripada Jawatankuasa Tindakan Kewangan (FATF) yang berfungsi untuk memantau dari segi pelaksanaan. Bagi perlindungan data pula, setiap rantau mempunyai perundangan tersendiri seperti Perundangan Data Awam Peribadi (GDPR) di Kesatuan Eropah serta Akta Perlindungan Data Peribadi (POPI) di Afrika Selatan.

Semenjak pelancaran Luno pada tahun 2013, kami sentiasa komited untuk mengambil langkah proaktif yang holistik demi memastikan keselamatan para pengguna dan pihak industri dalam pengendalian skop bidang tugas. Ini merangkumi pematuhan komprehensif kepada kawal selia AML and CFT berdasarkan undang-undang dan prosedur yang terpakai bagi industri perkhidmatan kewangan.

Secara amnya, pendekatan ini tidak semestinya diguna pakai dalam semua industri matawang kripto di mana terdapat perdagangan kripto yang hanya bertindak apabila terikat dengan keperluan undang-undang. Sebagai langkah jangka masa panjang, Luno akan terus bertindak mengikut peruntukan undang-undang dengan mengambil kira impak positif kawal selia terhadap para pengguna, perniagaan dan ruang kripto serta masyarakat am secara menyeluruh.

Mengapa kami berpegang kepada prinsip kawal selia

Elemen kawal selia dan garis panduan dalam industri matawang kripto adalah penting atas pelbagai faktor terutamanya untuk memberi perlindungan kepada para pengguna.

Perundangan yang komprehensif bukan sahaja dapat melindungi matawang kripto dengan mematuhi piawaian industri tetapi juga dari sudut keselamatan pengguna termasuk sekatan kemasukan untuk penyedia operator. Secara lazimnya regim undang-undang memberi obligasi untuk mempromosikan perlindungan terhadap dana pengguna dan ekosistem kripto. Justeru, kewujudan lesen untuk beroperasi atau kerangka kawal selia perlu memberi indikasi yang jelas kepada para pengguna bagi memastikan kepercayaan mereka terhadap syarikat berkaitan dalam bab pengendalian dana selain kawalan rapi untuk mengelakkan penyalahgunaan kripto atau untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.

Kepercayaan ini adalah amat penting bagi mana-mana syarikat yang menguruskan kewangan anda, lebih-lebih lagi dalam konteks kripto memandangkan ia masih belum dihayati sepenuhnya oleh masyarakat umum seperti persepsi bahawa Bitcoin hanya digunakan untuk tujuan ‘jahat’ atau jenayah semata-mata yang boleh mencemarkan nama baik dan imej industri secara keseluruhannya.

Bagi platform matawang kripto, perundangan memainkan peranan penting kerana ia menyediakan gerak kerja untuk menjalin kolaborasi strategik bersama institusi perbankan. Sehingga kini, perkhidmatan bank masih berdepan dengan kesukaran untuk penyedia platform kripto di mana kekurangan kawal selia sering menjadi kebimbangan pihak bank memandangkan ia membawa risiko tertentu. Sekiranya risiko ini dapat dikurangkan, maka banyak manfaat dapat dinikmati oleh semua parti dan seterusnya dapat menjamin pengalaman yang lebih bermakna untuk para pengguna.

Apakah implikasi kawal selia yang efektif?

Pada dasarnya undang-undang perlu disokong oleh reka bentuk dan implementasi yang efektif. Hakikatnya, ia bukanlah tugas yang mudah untuk pihak berkuasa kerana mereka perlu mengkaji teknologi baharu yang mungkin tidak difahami oleh orang ramai selain bergantung kepada kajian terhad mengenai impak kripto terhadap masyarakat dan implikasinya akibat penggunaan yang berleluasa. Pertimbangan ini harus dilakukan tanpa mengekang inovasi sementara mengimbangi antara keperluan untuk melindungi pengguna serta potensi teknologi baharu. 

Yang penting, ciri kripto yang bersifat global tanpa batasan perlu diambil kira dalam reka bentuk kawal selia serta risikonya yang mungkin jarang dihadapi oleh instrumen kewangan yang lain. Hal ini kerana sekatan secara langsung atau perundangan yang tidak efektif membawa risiko yang tidak dijangka misalnya pasaran bawah tanah atau ledakan pasaran Peer-to-peer yang boleh menjejaskan tahap keterlibatan pihak berkuasa dan perlindungan untuk pengguna. 

Justeru, kami berharap agar kerangka kawal selia global dapat diimplementasi atau sekurang-kurangnya dalam bentuk ‘passporting’ dan pengiktirafan bersama seperti layanan sama rata kepada para penyedia perkhidmatan aset kripto merentasi semua peringkat. Panduan FATF dalam Anti Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan adalah permulaan yang baik tetapi banyak lagi usaha yang perlu diambil ke arah globalisasi jadi buat masa ini, kami akan terus berusaha untuk memastikan keberkesanan kawal selia di negara-negara berkenaan. 

Kawal selia berkesan memerlukan kolaborasi dan pendekatan secara berfasa antara pihak berkuasa dan pemain industri. Salah satu ilustrasi yang boleh diperhatikan di negara Afrika Selatan di mana Kumpulan Kerja merentasi agensi mengenai Teknologi Kewangan (IFWG) telah menerbitkan sebuah laporan mengenai aset kripto. Kertas Kerja tersebut antara lain mengemukakan beberapa cadangan mengenai rangka kerja perundangan aset-aset kripto serta cara implementasinya.

Sepanjang proses laporan IFWG, pelbagai input turut diperoleh daripada pakar bidang dan pemain industri termasuk Luno. Hasilnya kami dapat memahami secara lebih mendalam IFWG terhadap kerangka kripto, saiz pasaran tempatan serta faedah-faedah ke arah pengukuhan kedudukan polisi.

Sehubungan itu, Luno telah menjalin kerjasama erat dengan pihak berkuasa di seluruh dunia dalam usaha membangunkan gerak kerja perundangan yang bersesuaian tidak kira di rantau Afrika, Eropah atau Asia. Misalnya di Malaysia, kami mengadakan kerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk meneliti hubung kait industri kripto terhadap proses perundangan. SC telah memainkan peranan penting dengan memperkenalkan undang-undang spesifik mengenai kripto dan kami amat berbesar hati untuk menjadi platform perkhidmatan pertukaran wang kripto pertama di Malaysia.

Realitinya ruang kawal selia tidak semestinya bergerak dalam kadar yang pantas seperti syarikat pemula malahan ada yang bergelut untuk mentakrifkan Bitcoin and aset kripto yang lain sementara memiliki harta benda dalam bentuk aset, mekanisme pembayaran dan mata wang. Terdapat juga golongan yang membuat penilaian kualiti serta cara pengoperasian yang berbeza dan ini bermakna pembentukan undang-undang baharu dan unik masih berada dalam kadar sederhana. Dengan hubungan rapat bersama pihak berkuasa menerusi perbincangan konstruktif dan terbuka, sudah pasti kita dapat membina sebuah kerangka undang-undang yang efektif untuk semua pihak. 

Perspektif Luno terhadap negara Nigeria

Nigeria merupakan antara pengguna terbesar matawang kripto di seluruh dunia. Dalam hal ini, Luno sentiasa bertungkus lumus ke arah membina sebuah ekosistem yang selamat dan telus demi manfaat pengguna Nigeria dan hasilnya Luno sekitar anggaran sekitar 3 juta pengguna di negara berkenaan.

Walau bagaimanapun, misi ini tergendala apabila pekeliling Bank Pusat Nigeria (CBN) yang diterbitkan untuk mengekang kerjasama antara pihak bank, institusi pembekal bayaran serta platform matawang kripto. Walaupun kami berkongsi kebimbangan yang dinyatakan oleh Bank Pusat Nigeria, pada masa sama kami turut berpandangan bahawa pendekatan yang diambil tidak mampu mencapai matlamat bank pusat dalam konteks tersebut.

Sebarang percubaan untuk mengekang akses kepada kripto sebenarnya tidak menguntungkan negara Nigeria tetapi sebaliknya ia boleh menghalang perkembangan dan pendedahan mereka termasuk warga Nigeria daripada mafaat dan kelebihan yang ditawarkan oleh matawang kripto. Selain itu, ia turut merugikan pihak berkuasa apabila sekatan menyeluruh membawa kepada kegiatan “bawah tanah” [yakni menjalankan perdagangan menerusi aplikasi Whatsapp atau grup Telegram] selain memberi implikasi kepada isu ketelusan serta menjejaskan keterlibatan institusi kewangan.

Tindakan sedemikian telah membuka laluan kepada kes penipuan yang mengeksploitasi warga Nigeria di mana kita telah memperlihatkan perdagangan Bitcoin pada kadar premium di negara tersebut berikutan sekatan yang dikenakan. Syarikat lain juga cuba untuk mencari kaedah lain agar tidak dikesan oleh pihak berkuasa misalnya menerusi perdagangan Peer-2-Peer (P2P). Sehubungan itu, pandangan kami adalah perdagangan P2P bertentangan dengan semangat direktif CBN. Sebaliknya kami percaya tumpuan wajar diberi kepada platform pertukaran matawang kripto seperti Luno yang terus mempraktikkan langkah pencegahan untuk mengatasi cabaran kripto. 

Pihak berkuasa Nigeria telah mengambil langkah pragmatik ke hadapan dalam bidang kripto dengan fungsi Suruhanjaya Sekuriti yang giat membangunkan kerangka kawal selia. Kami berkeyakinan bahawa isu ini dapat diselesaikan segera supaya Nigeria dapat terus memainkan peranan mereka terhadap pertumbuhan kripto. Hakikatnya ini bukanlah kali pertama Luno menghadapi situasi sedemikian. Apabila SC memperkenalkan gerak kerja undang-undang baru perdagangan kripto di rantau ini, Luno telah bekerjasama dengan pihak berkuasa menjadi platform pertukaran wang kripto berlesen terawal di Malaysia. Inisiatif ini secara tidak langsung telah mewujudkan ekosistem kripto yang inklusif, telus dan mesra pengguna. Jadi kami sentiasa bersikap terbuka untuk mengukuhkan kerjasama dengan CBN dan pihak berkuasa di Nigeria seperti dengan negara-negara lain melalui dialog konstruktif untuk mencari konsensus bersama dan jalan penyelesaian yang tuntas.

Hala tuju dan masa depan kawal selia matawang kripto

Tidak dinafikan perundangan adalah sesuatu yang amat diperlukan dalam bidang industri kripto kerana berdasarkan pengalaman kami, Luno berpandangan bahawa kawal selia yang bersesuaian dapat merancakkan lagi industri ini dan seterusnya menepati kehendak para pengguna.

Misi kami adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai masa depan kewangan baharu. Kami akan terus menyediakan platform yang menggabungkan masa kini dan masa depan dengan sistem yang lancar, murah dan selamat digunakan bagi sebarang transaksi serta mobiliti kewangan. Buat masa ini, kami masih berada dalam situasi ekonomi hibrid dengan kebergantungan kepada infrastruktur kewangan sedia ada dalam persediaan ke arah sistem masa depan dan selagi kami berinteraksi dengan sistem kewangan dan legasi sedia ada maka kami perlu mengadaptasi dengan mematuhi peraturan berkenaan. Matawang kripto sedang menuju proses kematangan daripada sebuah domain yang tidak dikawal selia kepada domain dikawal selia di mana individu dan perniagaan dapat menerapkan unsur berhubung aset kripto dalam kehidupan harian seperti aspek pelaburan dan mod pembayaran. Yang jelas, bagi Luno ia bukanlah tentang kedudukan pasaran dan keuntungan tetapi hasrat kami adalah tertumpu untuk membantu mewujudkan kerangka kawal selia yang sistematik dan saling melengkapi demi keterangkuman sistem kewangan dunia. Tuntasnya, Luno akan terus mematuhi peruntukan perundangan di negara-negara yang terlibat selain menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Bank Pusat Nigeria bagi mengenal pasti kerangka perundangan yang bersesuaian serta menepati kehendak semua pihak berkepentingan demi manfaat anda – pengguna Luno.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

2
0