Ringkasan Minggu Lepas: Aset digital “terus kekal” menurut BNY Mellon, fungsi rantaian blok diiktiraf dalam laporan Gartner

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.
Berita menarik
💵 90% daripada klien berminat untuk melabur dalam aset yang ditokenkan, menurut BNY Mellon
- “Kami melihat klien kami amat berminat dengan aset digital,” menurut Michael Demissie, Ketua Solusi Lanjutan di BNY Mellon ketika sesi perbincangan panel mengenai matawang kripto pada Persidangan Tahunan Kawal Selia dan Teknologi Kewangan Ketujuh (7th Annual FinTech and Regulation Conference)
- BNY Mellon ialah syarikat bank perkhidmatan penjaga (custodian bank) dan sekuriti terbesar di dunia.
- Menurut Reuters, BNY Mellon telah melaksanakan satu survey pada Oktober 2022, dan mendapati lebih daripada 90% kliennya dijangka untuk melabur dalam aset yang telah ditokenkan.
🌅 Fasa ujian untuk kemaskini Ethereum Shanghai dijadualkan pada hujung Februari.
- Pembangun Ethereum sedang sibuk menyediakan kerja-kerja asas untuk kemaskini Shanghai pada bulan Mac nanti.
- Kemaskini Shanghai akan digunakan pada testnet Sepolia hujung bulan ini, berikutan dari kejayaan simulasi kemaskini pada testnet Zhejiang minggu lepas.
- Testnet ialah satu simulasi rangkaian rantaian blok yang membolehkan pembangun menguji dan bereksperimen pada persekitaran yang tidak mengganggu rangkaian asal.
- Kemaskini Shanghai akan membolehkan pengesah mengeluarkan Ether yang ditaruhkan pada Ethereum. Koin-koin tersebut telah dikunci secara sukarela sejak kemaskini the Merge pada bulan September tahun lepas.
🔦 Teknologi rantaian blok telah diiktiraf oleh Gartner Emerging Technologies dan Trends Impact Radar
- Rantaian blok telah dimasukkan dalam bahagian laporan Critical Enabler. Gartner berpendapat yang teknologi tersebut akan berubah daripada status penerimaan awal ke penerimaan besar awalan dalam tiga tahun seterusnya.
- Laporan tahunan itu menampilkan 26 trend dan teknologi yang sedang meningkat naik, yang mana syarikat-syarikat “perlu memberikan respon” dan mempunyai potensi untuk mengganggu sebahagian besar pasaran.
- Laporan tersebut, atau radar, mengandungi empat segmen yang mengumpulkan trend pengganggu dan teknologi: Critical Enabler, Transparency and Privacy, Productivity Revolution, dan Smart World.
Tambah pengetahuan anda
“Bitcoin kini semakin popular di negara-negara seperti Nigeria dan Kenya, pelarian-pelarian Afrika juga turut memilih Bitcoin apabila perkakas merentas benua gagal.”
Wartawan Forbes menulis bagaimana Bitcoin menjadi “nyawa” bagi pelarian-pelarian Eritrean. BACA DI SINI.
Prestasi angka kripto
13.78% – Peratusan ETH dalam aliran yang ditaruh.
5% – Peratus hasil tahunan terkini, faedah yang diterima pada ETH yang ditaruh.
80,335 – Jumlah ordinal (NFT) yang telah dimint, atau di ‘ukirkan’, pada rantaian blok Bitcoin sehingga hari ini.
430 – Anggaran baki hari untuk peristiwa Bitcoin Halving seterusnya.
38% – Peratusan transaksi pada rangkaian Ethereum yang diproses oleh rangkaian Layer-2 pada suku terakhir 2022.
Kapsul masa kripto
Orang kanan Satoshi, mendiang Hal Finney menjelaskan mengenai Bitcoin dengan mudah, 11 tahun dahulu.
Trivia kripto
Trivia kali ini adalah lebih mengenai ekonomi berbanding kripto, kerana ia merupakan topik hangat selama beberapa bulan lepas disebabkan oleh Amerika Syarikat dan negara-negara lain sedang berkerja keras melawan inflasi.
What exactly does it mean the Federal Reserve says the US is hopefully gearing up for a “soft landing”?
Apa maksudnya apabila Federal Reserve mengatakan yang Amerika Syarikat sedang bersedia untuk ‘pendaratan lembut’? BACA LAGI DI SINI.
Berbaloi untuk ditonton
Dengan pelbagai cakap-cakap mengenai NFT, apa sebenarnya maksud NFT? TONTON DI SINI.