Ringkasan Minggu Lepas: Bitcoin kini berusia 14 tahun dan nilai Solana meningkat

Mengenal Satuan Satoshi dalam Bitcoin

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.

Berita menarik

Bitcoin kini berusia 14 tahun

  • Pada hari Selasa, 3 Januari 2023 merupakan tahun ke-14 sejak pencipta Bitcoin, Satoshi Nakamoto melombong blok pertama pada rantaian blok Bitcoin.
  • Walaupun terdapat banyak cabaran yang telah dilalui oleh matawang kripto terkemuka ini sejak tahun 2009, teknologi Bitcoin masih berfungsi seperti mana ketika ia mula-mula dicipta.
  • Di Luno, kami ada menyediakan pelbagai artikel mengenai Bitcoin 101, yang menerangkan apa itu Bitcoin, bagaimana ia berfungsi dan mengapa Bitcoin terus kekal sehingga kini. Baca lagi di SINI.

Terima kasih Bonk, anda menyebabkan harga Solana meningkat hampir 50% dalam satu minggu!

  • Solana menjadi top gainer pada minggu lepas dengan pemerolehan harian sebanyak 10% dan peningkatan 48% dalam tempoh seminggu.
  • Peningkatan ini mungkin disebabkan dari pelancaran Bonk pada bulan Disember tahun lepas. Bonk merupakan koin meme berasaskan Solana yang di-airdropped kepada pencipta, pembangun dan pemengang NFT Solana.
  • Koin meme ialah sejenis matawang kripto yang diinspirasikan daripada meme internet dan biasanya dicipta sebagai jenaka oleh penciptanya.

Kemaskini Ethereum pada bulan Mac akan memperkenalkan fungsi pengeluaran staking

  • Kemaskini Shanghai yang dijadualkan untuk berlaku pada bulan Mac, adalah satu kemaskini Ethereum kecil jika dibandingkan dengan The Merge pada tahun lepas. Tetapi kemaskini Shanghai ini akan memperkenalkan komponen terpenting kepada rangkaian Ethereum sejak ia berpindah ke mekanisme proof-of-stake.
  • Hard fork ini akan membolehkan pengguna untuk mengeluarkan ether yang telah dipertaruhkan dari kolam rangkaian pertaruhan. Kolam ini telah dikunci sejak The Merge berlaku.
  • Baca lagi mengenai The Merge di SINI

Mastercard dan Polygon berhasrat untuk memperkasakan penggiat seni dengan web3

  • Mastercard melancarkan kerjasama inkubator bersama Polygon untuk membantu pemuzik dan penggiat seni lain berhubung dengan peminat melalui web3.
  • “Teras program ini ialah menyediakan penggiat seni yang meningkat naik dengan perkakas web3 dan kemahiran yang mereka perlukan untuk terus maju dalam karier muzik mereka, dalam ekonomi digital masa kini,” menurut Raja Rajamannar kepada TechCrunch, ketua pegawai pemasaran dan komunikasi Mastercard
  • Program inkubator ini akan melibatkan pendidikan mengenai NFT, representasi dalam dunia virtual dan pembinaan komuniti peminat.

Tambah pengetahuan anda

Charles Hoskinson, pengasas Cardano adalah penyokong lantang terhadap pendekatan perlahan dan mantap dalam melancarkan matawang kripto. Pandangan beliau telah mendatangkan kritikan pada tahun-tahun sebelumnya, tetapi langkah yang perlahan dan mantap mungkin lebih relevan untuk masa sekarang. Baca mengenai rancangan-rancangan rangkaian Cardano di SINI.


Prestasi angka kripto

1,600% – Nilai meme coin baru berasaskan Solana iaitu Bonk, meningkat lebih dari 1600% pada minggu-minggu lepas, berikutan dari pelancarannya pada Disember, 2022. Koin tersebut juga menggunakan anjing Shiba Inu sebagai maskot.

$82,740 – Harga lantai bagi NFT Bored Ape pada akhir 2022, tertinggi dalam kalangan NFT. Harga lantai ialah harga jualan terendah bagi sesuatu produk (atau NFT, dalam kes ini).

83% – The percentage is calculated in relative terms to today’s price. Peratusan hari sejak pelancaran Bitcoin pada tahun 2009, yang memberi keuntungan kepada pelabur, berdasarkan data oleh Blockchain.com. Nilai peratus ini dikira dalam terma relatif terhadap harga hari ini.

6.25 BTC – Bagi setiap blok yang dilombong, setiap pelombong Bitcoin akan diberikan ganjaran sebanyak 6.25 Bitcoin, dengan anggaran nilai $107,000.


Kapsul masa kripto.

Jangan panik.


Trivia kripto

Apa itu Cardano?

Perbedaan Cardano dan Ethereum

Petunjuk: sama dengan Ethereum, tetapi tidak sama dengan Ethereum. Macam mana tu? Baca lebih lanjut di SINI untuk mengetahui apakah perbezaan kedua-dua matawang kripto ini.


Berbaloi untuk didengar

Pakar mikro ekonomi dan penyusun strategi pelaburan, Lyn Alden duduk berbincang bersama Peter McCormack mengenai apa yang telah berlaku pada tahun 2022 dan kesannya kepada Bitcoin dan ekonomi pada tahun 2023. Berbaloi untuk didengar di SINI.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

3
0