Ringkasan Minggu Lepas: Bitcoin memperoleh kemenangan kali kedua

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.

Berita Menarik

📈  Bitcoin merekodkan pertumbuhan positif untuk 12 hari berturut-turut bagi kali kedua

  • Melepasi tahap $20,000, pertumbuhan Bitcoin terus kekal selama 12 hari berturut-turut.
  • Bitcoin terdahlu pernah mencatatkan peningkatan harga selama 15 hari berturut-turut pada November 2023.
  • Harga Bitcoin meningkat sebanyak 20% pada minggu lepas disebabkan oleh angka inflasi terbaru, memberi petunjuk yang kenaikan berterusan kadar faedah oleh Federal Reserve, bank pusat bagi Amerika Syarikat, mula memberi kesan dalam memperlahankan ekonomi.
  • Baca DI SINI untuk mengetahui bagaimana kadar faedah boleh menjadi puppet master terhadap pergerakan pasaran.
  • Di Luno, kami ada menyediakan pelbagai artikel mengenai Bitcoin 101, yang menerangkan apa itu Bitcoin, bagaimana ia berfungsi dan mengapa Bitcoin terus kekal sehingga kini. Baca lagi di SINI.

🐶  Apa itu Bonk dan mengapa ‘anjing’ ini menjadi punca peningkatan harga Solana?

  • Solana nampaknya mendahului pada minggu ini, hasil dari matawang kripto di Solana yang dipanggil Bonk.
  • Baru-baru ini CoinDesk mencari-cari jawapan mengenai siapakah pencipta Bonk dan adakah dunia memerlukan satu lagi memecoin bertemakan Shiba Inu? Dan apakah fokus utamanya dalam industri kripto?
  • Jika anda terlepas, secara ringkasnya, harga Solana naik lebih dari 40% pada minggu lepas.

💻  Amazon Web Services dan Avalanche bekerjasama untuk memudahkan pembangun dan syarikat menggunakan kripto dan rantaian blok.

  • Amazon Web Services (AWS) akan menyokong infrastruktur Avalance dengan menjadikan perkhidmatan itu lebih mudah untuk menggerakkan nod, dan juga memasukkan sekali Avalance pada AWS Activate – sebuah program yang membantu pemula untuk memulakan syarikat mereka dengan AWS.
  • Seperti yang dilaporkan oleh TechCrunch, banyak rantaian blok telah pun menggunakan AWS untuk menguasakan rangkaian mereka, tetapi ini adalah kali pertama bagi AWS bekerjasama secara rasmi dengan syarikat rantaian blok.
  • Ava Labs, syarikat yang menerajui Avalanche juga mahu menambah penempatan subnet sebagai perkhidmatan pengurusan pada ruang niaga AWS, yang mana usaha ini akan membantu banyak syarikat membina rantaian blok mereka dengan mudah di dalam rangkaian Avalanche.

Tambah pengetahuan anda

Gorilla, pemuliharaan dan Bitcoin membentuk satu perikatan yang agak janggal. Tetapi di MIT Tech Review, terdapat satu usaha mengenai pemuliharaan gorilla di Taman Negara Virunga, Congo yang menggunapakai kripto dalam pengurusannya. Baca lagi di SINI.


Prestasi angka kripto

21% – Harga Bitcoin meningkat ke dua angka pada minggu lepas

15,000 – Jumlah perniagaan di seluruh dunia yang menerima Bitcoin.

32 – Jumlah peristiva halving yang tinggal sehingga tiada lagi Bitcoin untuk dilombong. Setakat ini, tiga peristiwa halving telah berlaku dan setiap peristiwa ini diikuti dengan peningkatan besar harga Bitcoin. Peristiwa halving seterusnya dijangka berlaku pada Mac 2024.

155,000 – Jumlah pelabur yang memengang lebih dari 10 BTC, yang bernilai lebih kurang $208,437 pada masa artikel ini ditulis.


Kapsul masa kripto

Terus hijau selama 12 hari, dan selama-lamanya?


Trivia kripto

Apa itu kontrak pintar?

Kontrak pintar ibarat vending machines bagi zaman internet. Baca DI SINI untuk mengetahui bagaimana teknologi ini dan platform yang menyokongnya mengubah status quo dalam kewangan.


Berbaloi untuk ditonton

Cuba dengar apabila anda nampak Andreas Antonopoulos bersembang mengenai Bitcoin.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0