Ringkasan Minggu Lepas: Ethereum terus membakar ETH dan playlist NFT di Spotify?

Ethereum

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.

Berita menarik

🍃 Ethereum terus membakar ETH sejak peristiwa the Merge  

  • Pengeluaran harian Ether menjatuh di bawah kosong ke -2.7% pada 14 Februari, menurut Glassnod. Ini bermaksud lebih banyak ETH dibakar berbanding dicipta. Dalam maksud lain, Ethereum sedang mengalami deflasi. 

Sumber: Glassnode

  • Ini merupakan berita baik bagi Ethereum bagi tempoh masa panjang. Lebih kecil jumlah ETH dicipta, lebih kecil jumlah ETH dalam peredaran. Menurut teori permintaan dan bekalan, situasi ini akan menjadikan ETH lebih bernilai.
  • Bagaimana ‘pembakaran’ ETH berfungsi? Ethereum memusnahkan bahagian-bahagian tertentu dalam caj transaksi yang dibayar dalam ETH setiap hari. Jika rangkaian lebih sibuk, lebih banyak ETH akan dibakar – dan sebaliknya. Jika bekalan adalah lebih daripada kadar ETH yang dibakar, yang mana lebih perlahan apabila pasaran menjatuh, kurang NFT di-mint pada Ethereum dan lain-lain, ETH akan menjadi deflasi.
  • Baca lagi artikel mengenai Ethereum Merge jika anda ingin mengetahui lebih lagi di SINI.

🔑 Ethereum kini selangkah sahaja lagi untuk membuka kunci pada taruhan ETH

  • Pembangun Ethereum sedang menyiapkan testnet Ethereum Sepolia untuk mengaktifan Kemaskini Shanghai pada 28 Februari.
  • Testnet ialah satu persekitaran fail-safe yang sama dengan rangkaian sebenar, namun rangkaian ini membolehkan pembangun menguji kemaskini yang akan datang tanpa memberi kesan terhadap rangkaian utama.
  • Kemaskini Shanghai akan membolehkan pengesah-pengesah rangkaian yang telah menaruh Ethereum mereka untuk mengeluarkan wang taruhan mereka. Wang ini telah dikunci sejak September 2022, apabila Ethereum bertukar ke mekanisme proof-of-stake.
  • Ini merupakan ujian kedua terakhir sebelum Kemaskini Shanghai dilaksanakan pada Mainnet Ethereum. Jangkaan perlaksanaan ini akan berlaku bila-bila masa pada pertengahan Mac.

🥳 Pelabur AS kekal positif mengenai kripto walaupun pasaran dilihat tidak menentu

  • Morning Consult telah membuat tinjauan pada 2,200 individu di US dan mendapati 20% daripada mereka memiliki matawang kripto. Jumlah ini kekal konsisten pada setiap suku sejak 2022.
  • 67% daripada responden bersetuju yang sistem kewangan global perlukan pembaikan semula.
  • “Secara global, rakyat Amerika kecewa dengan ketidakadilan dalam sistem kewangan dan mereka mahukan perubahan. Pelabur kripto dan generasi muda Amerika masih percaya yang kripto merupakan pelaburan berbaloi untuk masa depan dan boleh memberi manfaat kepada sosial,” ujar penulis. Laporan tersebut telah ditugaskan oleh Coinbase.

🎛️ Spotify sedang menguji playlist yang hanya boleh diakses oleh pemilik NFT

  • NFT berfungsi sebagai kunci yang membuka playlist khas di Spotify.
  • Pemegang NFT akan boleh menghubungkan dompet Web3 mereka dengan Spotify dan aplikasi tersebut akan mengesahkan NFT mereka dan memberi akses kepada playlist khas tersebut.
  • Hanya beberapa komuniti NFT sahaja yang mengambil bahagian dalam ujian tersebut, termasuklah Kingship, sebuah band metaverse yang bekerjasama dengan Universal, seperti yang dilaporkan di Hypebeast.

Tambah pengetahuan anda

“Goldman Sachs, Hamilton Lane dan Siemens adalah di antara institusi yang memilih untuk mewakili aset dunia nyata sebagai token digital pada rantaian blok,” menurut Blockworks.

  • Beberapa institusi kewangan besar kini melihat potensi teknologi rantaian blok dalam bon perdagangan dan aset-aset lain adalah lebih laju dan efisyen berbanding platform tradisional.
  • Tempoh pasaran yang terhad dan masa penyelesaian yang perlahan adalah di antara isu yang ada dalam sistem legasi.

Baca artikel penuh di SINI.


Rangkuman prestasi kripto

17,413,289 – Jumlah Ethereum yang dideposit dalam kolam pertaruhan.

14.46% – Peratusan bagi semua Ethereum dalam kolam pertaruhan.

-2.2% – Kadar pengeluaran Ethereum pada 14 Februari. Bertukar negatif dan merekodkan kadar deflasi yang tinggi.

91.92% – Bekalan Bitcoin yang telah dikeluarkan.

410 – Baki hari yang tinggal sebelum peristiwa Bitcoin halving seterusnya.


Kapsul masa kripto

Ini bukan kripto tetapi ia memberi kesan terhadap semuanya. Inflasi isi rumah sepanjang 22 tahun, dipaparkan oleh Visual Capitalist.


Trivia kripto

Apa itu staking?

Manfaat Investasi yang Terasa Sampai Hari Tua

‘Staking’ atau Pertaruhan ialah salah satu kaedah untuk mendapatkan matawang kripto yang lebih dengan membantu mengesahkan transaksi matawang kripto. Anda boleh mempertaruhkan matawang kripto dalam projek-projek yang menggunakan konsensus mekanisme proof-of-stake untuk memproses transaksi, seperti Ethereum atau Cardano.

Ada soalan? Kami ada jawapannya di SINI.


Berbaloi untuk ditonton

Jack Dorsey, pengasas Twitter dan Block, berbincang mengenai bagaimana beliau ‘terjerumus’ dalam dunia Bitcoin dan mengapa beliau percaya yang Bitcoin adalah masa depan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0