Ringkasan Minggu Lepas: Kapasiti Lighting Network meningkat, Cardano mempunyai stablecoin dan SP500 ETF kini di Uniswap

Dari mana Cardano berasal

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.

Berita menarik minggu lepas

Rangkaian Lighting terus mencatatkan kapasiti tertinggi Bitcoin 

  • Rangkaian ini mempunyai kapasiti lebih dari 5,490 BTC, kenaikan sebanyak 63% sejak awal tahun 2022, berdasarkan data oleh The Block Research. 
  • Ini memberi petunjuk yang kuat bahawa penggunaan Bitcoin untuk transaksi sedang meningkat.
  • Rangkaian Lighting berasal dari sekumpulan rantaian blok yang dikenali sebagai rangkaian lapisan-2, yang membantu mengurangkan beban pada rantaian blok lapisan-1 seperti Bitcoin. Secara asasnya, rangkaian Lighting berfungsi sebagai ‘Visa’ pada Bitcoin.
  • Baca lagi mengenai fungsi utama rangkaian Lighting dalam membantu Bitcoin menjadi sistem pembayaran global.

💵 Cardano USD stablecoin kini live 

  • Stablecoin Djed menjejaki Dolar AS
  • Stablecoin ini mengekalkan tambatannya terhadap Dolar dengan menggunakan mekanisma minting dan burning yang dikawal secara algoritma. Protokol ini disandarkan dengan 400% – 800% matawang kripto Cardano, ADA, sambil menggunakan SHEN sebagai koin rizab.
  • Djed merupakan usaha kolaborasi di antara firma rantaian blok Coti dan pembangun teras Cardano, Input Output.
  • Apakah kesannya bagi CardanoStablecoin ini dijangka akan meningkatkan nilai yang ada dalam sistem cardano. Tiada pergerakan harga besar pada ADA selepas pelancaran stablecoin ini.
  • Baca lagi mengenai jenis-jenis cagaran stablecoinDI SINI

🚦Cadangan kawal selia kripto di UK akan menjadikan kripto selari dengan aliran utama kewangan

  • Kerajaan UK mengeluarkan kertas konsultasi pada minggu lepas yang mencadangkan kawal selia baru terhadap pelaburan dan perdagangan kripto. Cadangan ini secara asasnya telah diterima oleh industri kripto.
  • Secara ringkasnya, bursa kripto di UK akan menjadi lebih telus mengenai cara mereka beroperasi, termasuklah tindakan-tindakan pengurusan risiko dan sumber-sumber kewangan.

Pendapat Luno terhadap cadangan kawal selia

  • “Kawal selia dan inovasi bukanlah dua perkara yang tidak boleh berlaku serentak,” menurut Nick Taylor, Ketua Polisi Awam EMEA di Luno. Beliau memberi komennya kepada The Block.
  • “Kertas biru yang digariskan pada hari ini akan memberikan banyak syarikat satu tahap keyakinan mengenai persekitaran operasi terma serdehana (medium-term operating environment), menjadikan UK sebuah tempat yang mempunyai persaingan lebih tinggi untuk menjalankan perniagaan.
  • “Ini membolehkan syarikat-syarikan untuk merancang, menarik pelaburan dan mencipta lebih pekerjaan di UK.”

🦄 SP500 ETF telah ditokenkan di Uniswap 

  • iShares Core S&P 500 ETF(CSPX) milik BlackRock telah ditokenkan pada Ethereum dan boleh didagangkan di Uniswap, bursa tidak berpusat yang dibina pada rangkaian Ethereum.
  • Ini bermaksud anda kini boleh membeli saham dana bursa yang telah didagangkan (exchange traded fund atau ETF) dalam bentuk token dan mendagangkannya di Uniswap; sebuah bursa tidak berpusat. Sebelum ini, saham ETF hanya boleh didagangkan pada bursa tradisional.
  • Projek ini masih lagi pada tahap awal, dengan hanya 100 token telah di-mint. Tetapi ia merupakan salah satu usaha tokenisasi yang sedang membangun. Ramai pakar percaya yang semua asest akan ditokenkan pada masa depan, termasuklah saham, emas, kenderaan dan hartanah.

Tambah pengetahuan anda

Bitcoin Magazine menyelami penerimaan penggunaan Bitcoin, meneroka mengapa lebih baik untuk memacu penerimaan secara berperingkat, atau secara berlainan ‘baldi’. Anda yang mana satu?


Rangkuman prestasi kripto

5,490 – Rangkaian Lighting kini memudahkan 5,490 BTC merentasi pelbagai saluran pembayaran dihubungkan kepada rangkaian utama.

8.49% – 8.49% – Kadar pendanaan kekal Bitcoin tahunan merentas bursa utama mencapai 8.491% minggu lepas, yang tertinggi sejak Disember 2021, apabila Bitcoin didagangkan sekitar $57,000. 

0.25%Federal Reserve meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (0.25%) pada minggu lepas, kenaikan ‘paling lembut’ sejak kitaran kenaikan agresif yang bermula pada Mac tahun lepas.

69% – Progres Bitcoin halving kini mencapai 69% pada artikel ini ditulis. Bitcoin halving bermaksud pelombong Bitcoin diberi separuh daripada koin yang baru dicipta sebagai ganjaran bagi setiap peristiwa halving. Ini akan mengurangkan bekalan Bitcoin dan peristiwa halving seterusnya akan dijangka berlaku pada pertengahan Mac 2024.


Kapsul masa kripto

Apa rancangan anda?


Trivia kripto

Jika Bitcoin merupakan ‘pintu gerbang’ bagi kripto, ia merupakan pintu yang baik untuk memulakan perjalanan pembelajaran kripto kripto anda. ✨BACA DI SINI untuk mengetahui bagaimana transaksi kripto direkodkan pada rantaian blok Bitcoin.


Berbaloi untuk ditonton

Evolusi 14 tahun Bitcoin diterangkan dalam 90 saat.

Did you find this useful?

1
0